Pages

January 27, 2016

Pertukaran Identiti


Assalamualaikum WBT~

Ada yang berubah dalam blog aku kan? first of all maaf sebab bertukar identiti.. niat di hati bukannya nak saja-saja.. tapi sebab pertukaran status.. so dah jadi bini orang ni kena lah nampak matang sikit walaupun takdelah matang mana umur 22 ni.. eh? dah nak 22 rupanya aku ni ye? hahaha..

sebelum ni sesiapa yang follow-up dengan blog aku memang sedia maklum yang aku dikenali sebagai Cik Kuyus.. dan aku sentiasa taknak jawab kenapa aku letak Cik Kuyus.. ni aku bongkar rahsianya yang takdelah hebat sangat.. nama KuYus tu diberi oleh seorang sahabat yang sangat baik.. yang ajar aku erti hidup sebenar, ajar aku tentang be yourself dan ajar aku tentang kelembutan di sebalik kekasaran.. hehehe.. macam je sengal gitu kan.. takde maknanya nak lembut sangat lah.. haktui..

dan aku abadikan nama yang tak glemer (KuYus) tu di blog aku.. adalah dalam setahun kot aku guna nama tu.. aku pun dah lupa jugakkk..

ok now sempena birthday sang suami yang akan berlangsung esok, aku hadiahan header baru buat beliau sempena aku nak matang sikit.. wakakakakaka.. ada pulak kan hadiah untuk blog tapi cakap bagi at husband.. puiii..

now aku ingin dikenali di kalangan kawan-kawan blogger as "Miss Puan Ieera".. Miss tu nak jugak kena ada laaaa..sob sob.. acah-acah muda walaupun umur karat nanti kan? Puan tu standard lah dh tukar dari single jadi mingle.. erkkk???

dan IEERA, yup nama aku.. Miss Puan Ieera..

proses pembikinan laaa


Tadhaaaa!! ini hasilnyaaa =)


27 Januari 2016, bertukarlah identiti aku dalam dunia blog.. salam ukhwah semua..  bye

Wassalam~


Terima Kasih

January 26, 2016

Perkara Yang Tidak Penting...

Perigatan bersama..

Sayidina Abu Bakar as siddiq pernah meletakan batu dalam mulutnya supaya dia dapat mencegah mulutnya daripada bercakap perkara tidak perlu dan beliau mengisyaratkan lidahnya... (Inilah yang banyak membawa aku kejurang kebinasaan, maka aku mestilah berjaga-jaga daripadanya.)

Wallahua'lam...

Terima Kasih

Pencarian Mega Bloglist Aisyhah Nyais


Assalamualaikum WBT~



tag : DF , YangBaik , Nur99

done! Bismillahirahmanirrahim..=)


Terima Kasih

Dan bila ALLAH SWT taknak terima amalan baik kita di dunia...



Terima Kasih

Kelakuan Aneh Encik Suami…HAHAHA

Assalamualaikum WBT.. hahaha.. agak dah gila ke apa ye nak cerita pasal keanehan suami sendiri.. hehe.. maybe orang akan anggap keanehan ni suatu kebiasaan,MAYBE .. tapi bagi aku ini suatu keanehan.. hehehe..

Alkisah, aku ni suka main game HayDay.. alaa game yang ternak-ternak ayam, lembu kambing biri-biri dsbg.. pastu tanam raspberry, tanam apple, tanam padi dan segala macam yang boleh ditanam.. aku suka main tu sebab menguji kesabaran… saje la main bosan-bosan.. pastu santai je game tu.. addict pun setakat gitu-gitu je..


Baru laaa level 28 -_-


Alkisahnya lagi, aku ni suka memasak tapi sedapnya idokkk.. saje nak cuba-cuba.. suka tengok idola-idola masak.. cam best je.. baru ni buat Roti Sarang Lebah dengan kek Pisang.. nyum nyum.. pastu buat masa ni aku Cuma reti masa ayam masak merah, ayam paprika, ayam sambal kicap, ayam masak kicap, ayam masak masam manis.. tu je.. semua ayam.. hahaha.. kesian encik Suami asyik makan ayam je..hikhik..


Ayam Paprik & Ayam Masam Manis

Keanehan suamiku bermula….. hahaha.. dia sangat suka makan masakan aku.. dari zaman bujang kitorang lagi.. aku  pun tak tau tang mana yg sedap kat lidah dia tu.. perangai dia ni sama dengan si Mashitah.. ada sekali tu masa aku  nak bertunang, dia lepak kat uma aku.. tolong-tolong siapkan tempahan.. jadinya kami tak sempat makan malam properly.. godek-godek petiais jumpa kueyteow mentah.. so aku fikir-fikir, kalau makan rebut-rebut dengan pompuan ni best jugak ni.. aku buat la kueyteow goreng basah yang sangat tak special untuk dia..-____- kesian kawan aku sorang tu.. siap aku kelentang kelentung kat dapur, aku panggil dia yang dah terlelap tunggu aku masak.. dia duduk tinggal makan je.. dalam hati aku, ni mesti kena bebel si Mashitah sebab makanan alakadar je.. si Mashitah ni memilih sikit bab makan.. kalau tak cukup garam ke apa ke memang dia komen.. tp takdelah cakap tak sedap.. dia komen ajerrrr.. then, baca doa and terus ngap.. masa baca doa tu mata si Mashitah ni ya mashaaALLAH aku ingat lagi, sangat kuyusssss.. haish.. –_- suddenly masa lepas ngap tu, aisehmennn.. bulatnyaaa mata dia.. O=O bising mulut dia cakap kueyteow tak special tu sedap sangat.. eh eh minah ni.. mana lidah kau.. bukan kau cerewet ke pasal makan… dan aku pun berhuhuhuhuuhu dalam hati sepanjang kami makan..

Melelat cerita aku.. back to my husband tadi.. husband aku request makan Roti Sarang Lebah.. aku pun, ‘okay, buat je la.. aku pun teringin benor nak makan roti yang unik rupa dia tu.. Keinginan aku bermula bila melihat idola ku, Kak Azlita post kat blog dia pasal Roti tu.. aduhai.. sakit jiwa ni bhaiiii..’ so projek ku pun bermula ditemani sang husband.. dari proses menguli sampai la proses dah siap husband aku di sisi.. hehehe.. pastu husband aku memulakan sembang yang aneh tu :


Husband : Yessss.. akhirnya dapat makan something yang sayang buat dari awal.. hihihi
Aku : Eh? Selama ni pun sayang masak dari mula kan..
Husband : Manada!
Aku : Laaaa.. kenapa pulakk..
Husband : yelaaa.. sebelum ni breakfast roti sandwich beli, egg crumble dengan boiled potato je yang sayang masak sendiri..
kalau sayang baked roti sandwich tu barulah namanya buat dari mula..
Aku : laaa pulak dah.. abihtu ayam masak merah tu pun kira bukan dari awal la sayang masak?
Husband : ha’ah.. bukan dari awal.. kalau sayang yang bela and ternak ayam-ayam tu barulah masak dari awal..
Aku : amboiii.. ingat sayang ni petani ke? Hahaha
Husband : hehehe.. sayang bela la ayam, waaa mesti best kalau sayang buat dari mula masakan sayang untuk B..
Aku : ewah-ewah B ni.. boleh B, bolehhhh sangat! Kejap lagi sayang check lading HayDay sayang.. nak tengok dah cukup tua tak
Ayam sayang.. kalau cukup tua, sayang keluarkan dia dari handphone and sembelih,
Pastu masakkan untuk B, okay??
Husband : erkkk….
Aku : susu lembu pun ada b.. fresh dari lading.. ada raspberry, ada tebu, ada blackberry, ada apple.. B sebut je… sayang ambikkan..
Husband : dan suamiku ketwa berdekah-dekah..hahahahhahahahahhaha



Aneh giler.. kes suka sangat aku buatkan apa-apa untuk dia.. love you lah b!! :* XOXO

Terima Kasih

Aurat Itu 'tang Ni.....

Sayang, lengan tu aurat. Kalau pakai lengan panjang , elok pakai sarung lengan sekali. Jadi, apabila lengan baju yg panjang tu yg tersisih ke atas awak x perlu risau. Sbb sarung lengan dibawah lengan baju ada untuk menyelamat.

Sayangku, dada tu aurat. Labuhkan lah tudung mu untuk mnutupi perhiasan mu itu. Tak kisahlah jika kamu tak guna bju ketat, selagi kamu tidak melabuh tdung mu menutupi dada. Itu salah :')

Sayang, kaki tu aurat. Sekecil-kecil aurat yg mudah dipandang enteng. Tutuplah aurat itu walaupun ia sekecil² aurat. Kerana yg kecil itu tak mustahil jadi besar.

Sayangku duhai hawa, sebagaimana aurat mu ketika solat... begitu jugalah aurat seharianmu

Rujuk surah an-Nur ayat 31 :')



Terima Kasih

January 23, 2016

Wanita Solehah itu.......

Wahai isteri,
Layanlah suami dengan baik.
Tawan hati mereka supaya suami gembira.
Buatlah kerana Allah.
Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.
Maafkanlah kekurangan mereka..
kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.
Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.
Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.
Jagalah aurat kerana Allah.
Jaga aurat bukan kerana kita baik.
Tapi ia perintah Allah.
Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah.
Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.
Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia.
Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.
Sebagai ibu,
Persiapkanlah anak-anakmu dalam perjuangan agama. Pesanlah pada anakmu,

…Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah…

Anak ialah harta paling berharga.
Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie.
Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis.
Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu.
Lebih nikmat dari segalanya.
Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi saw.
Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain.
Berilah masa didik mereka.
Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.
Mungkin Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Mungkin kebaikan dan jutaan hidayah datang melalui mereka.
Mungkin mereka akan pegang panji Islam di dunia.
Dan di akhirat ... dengan ribuan orang di belakang mereka.
Takpelah dunia ini kita kurang sikit.
Syurga semakin dekat.
Dunia ini sekejap sahaja.
Wahai isteri solehah,
Kamulah harta paling bernilai.
Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu.
Untuk isteri seperti kamu.
Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga Firdaus tempat kamu..



Terima Kasih

January 17, 2016

Belajarlah Sikit Kalau Tidak Mahu Belajar Banyak...

Ini Wordless..

Wordless perlukan perkataan yang sedikit..

Wordless perlukan ayat yang mendalam..

Juga menusuk hati, jantung, limpa dan buah pinggang..

Lakukan Wordless sebaiknya..

Jika tidak, Wordless akan menjadi WordMore..


HAHAHAHAHAHA.. penangan Rasyid.. krik krik.. ni wordless harini ye.. Salam Jumaat semua..



Terima Kasih

January 9, 2016

WORDLESS : TENTANG AKU


Terima Kasih

Jangan Perasan Sangat

Sometimes aku fed up..

Fed up dengan orang yang PERASAN..

Pembetulan!

Terlebih PERASAN..

I do nothing..

But you give me something..

Ye, aku anggap tu dugaan dari Allah SWT as manusia biasa..

Tapi, perlu ke nak buat macamtu?

Perlu ke ugutan?

Perlu ke mention?

Perlu ke?

Perlu?

Malas nk cakap lebih..

Cuma nak cakap,

kau terlalu melebihi paras PERASAN bagi seorang manusia normal..

Mungkin kau sedikit tidak normal..

Ya, mungkin saja..

MUNGKIN!

Since kau jenis yang suka terlebih perasan, aku kena mention word 'MUNGKIN' sebesar-besarnya..

Takut perasaan PERASAN tu datang lagi..

ah, cakap banyak tak guna..

Harap penyakit PERASAN kau tu diubat dengan segera..

Takut-takut menular pada orang lain..

Salam sayang..

Terima Kasih

January 5, 2016

Dear Parents, Jangan Terkejut Bila Anak-Anak Anda Berkelakuan Di Luar Jangkaan!

Assalamualaikum..

Dear Parents,

* Tarzan lives half naked,
* Cinderella comes home at midnight,
* Pinocchio lies all the time,
* Aladdin is the king of thieves,
* Batman drives at 200 mph,
* Romeo and Juliet commit suicide out of love,
* Harry Potter uses witchcraft,
* Mickey and Minnie are more than just friends,
* Sleeping Beauty is lazy,
* Dumbo gets drunk and hallucinates,
* Snow White lives with 7 guys.

We shouldn’t be surprised children misbehave, they get it from their storybooks and cartoons which ''we'' provide them...

We should instead be teaching them stories like;

*Abu Bakr (ra)’s loyalty and undying service for his master,
*Umar ibn Khattaab (ra)’s love for justice and tolerance,
*Uthman ibn Affan (ra)’s level of shyness and modesty,
*Ali ibn Abi-Talib (ra)’s show of courage and bravery,
*Khalid ibn Waleed (ra)’s desire of combating evil,
*Fatima bint Muhammad (ra)’s love and respect to her father,
*Sallahuddin Al-Ayubi (ra)’s conquest of the promised land,

Above all, we should teach them about Allah (subhanahu wa ta'ala).

If we are teaching our kids stories from the authentic Qur’an and Sunnah AND implementing it, InshaAllah they will never be lead astray.

A reminder for myself first and foremost. I got it from a Whatsapp group (4 Lesayangan from Siti Mashitah) and want to share with everyone.






p/s : gambar budak tu sekadar hiasan.. dia adalah anak buah yang sangat baik.. tq..

Terima Kasih

January 1, 2016

Syair atau Sajak?

"If two people are meant to be together, eventually, they will find their way back."

Novel : Tuan Anas Mikael (page 273)

Beratus batu ku berlari
Beribu hari ku menghilang
Berjuta jam ku menyorok

*haih,main hide & seek pulok dahh*

yang dikatakan jodoh dari Allah,
yang dikatakan kuasa Allah,

tiada siapa yang dapat menghalang,
tiada siapa yang dapat menidakkan,

di depan mata dia berjalan,
di ekor mata dia menjeling,
di dalam hati dia sembunyi rasa hati..

Itulah sang jodoh..

Yang setia mencinta,
yang setia menanti,
yang meletakkan diriku di sudut paling dalam,
takut² jika suatu ketika aku bakal kembali padanya..

dan,

ya, aku kembali..
mencari cinta yang dulunya terpisah,
yang difitnah orang ketiga,
yang dicaci tanpa mengetahui kisah sebenar.

mungkin ada hikmahnya terpisah sebentar,
ada hikmahnya dikurniakan benci setelah berkasih sayang dalam hubungan yang tidak halal..

rupanya mahu diberikan hubungan yang suci,
mahu diberikan hubungan yang inshaaAllah kekal hingga syurgaNya,
mahu diberikan kebahagiaan yang mendapat restu Illahi dan keluarga..

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah..

untuk jodoh yang dinanti,
untuk hidup yang sementara;
untuk hubungan yang suci,
untuk semua nikmat yang tidak terkira.

SYUKRAN YA ALLAH.. :')


.

Terima Kasih

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign