Pages

September 26, 2016

Hobi Baru Aku,,,,


Assalamualaikum WBT..

haaaaa.. kemain lama tak blogging.. duduk kat kampung, line tak berapa elok.. susah nak blogging.. 

so today nak share pasal hobi baru aku... -______- hobi ke? hahaha

sesaje la mencuba buat kraf felt.. pastu ngam dengan kawan sama sekolah punya majlis nikah, jadiknya aku berhajat nak buat bantal felt untuk hadiahkan kat dia..

alkisahnya jugak, selama beberapa bulan ni, aku slalu gak usha FB-FB akak-akak yang buat kraf felt ni.. gigih save hasil kerja mereka sebab suka sangat.. nanti kalau ada kesempatan boleh lah belajar buat sendirik kan? hehehe..

Finally dapatlah kesempatan tu.. haaaaa.. gigih habiskan masa 5jam setengah untuk satu bantal,. sakit pinggang wooo.. hahaha.. baru tau baru sedar kenapa akak-akak tu jual mahal.. haaaaa.. sakit semuanya lah! *sob sob*

Di bawah ni la hasilnya.. tak shantek sangat ponggggg.. dua tiga kali gak fikir nak letak kat blog ni.. 
-______- malu lah kononnya aku ni.. hahahaha

Dahhhh.. jommm tengok hasil niiiiiii..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang bawah ni plak terlebih rajin, buatkan mini pillow untuk BFF tersayang.. tapi gambar ni baru siap side belakang.. side depan belom snap.. nantilah aku share k..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


tu saje aku nak share.. Mengantuk dah ni.. tata

Wassalam.



Terima Kasih

June 19, 2016

Jangan Marah yang Besar

Dulu Masa kecik saya selalu bergaduh ngan abg saya no dua.. Macam anjing dengan kucing.. Ibaratnyee.. Hehe.. Tapi mak saya selalu menangkan abg saya.. Mak selalu marah saya rotan saya.. Pernah sekali saya pernah mencarut.. Kuar perkataan bukan2.. Semoga Allah maafkan saya..Abg2 pun apa lagi tangkap saya dan mak amek cili dan cilikan mulut saya.. Perghhh rasa 2 inci laa tebal mulut ni.. Padahal tu salah abg saya.. Bukan salah sy.. Saya rasalah.. Haha..

Satu hari saya duduk dalam satu ceramah parenting daripada satu orang ustaz ni.. Ustaz tu kata "Kalau anak kita bergaduh yg kecik dan besar.. Jangan marah yg besar.. Sebab dia dah besar.. Malu dia depan adik dia dia kena marah.. Tapi marah yg adik.. Nanti abg dia tengok adik dia kena marah si abg akan rasa kesian pada adiknya.." Saya terus terfikir.. MasyaAllah mak saya tak pernah pun pergi ceramah parenting saya rasa.. Atok2 nenek kita tak pernah pun pergi kursus sebagainya.. Tapi rupanya mereka ni orang tua2 masyaAllah cara mereka mendidik menyebabkan kita hari ni jadi "manusia"..

Sedih lihat hari ni.. Kadang2 pergi shopping dengan wife tertengok gelagat mak ayah.. Marah anak depan orang ramai.. Cubit lempang depan orang dan depan anak2 yg lain.. Saya baru faham sebenarnya setiap anak ni ada maruah masing2.. Jangan jatuh kan air muka anak kita depan anak2 yg lain supaya mereka saling dapat syg menyayangi.. Hormat menghormati.. Sebab tu kadang2 saya di tanya.. "Anak saya ni makin besar dah makin xnak ikut kami pergi mana2 ustaz..budak2 sekarang.." Bagi saya sama sahaja budak sekarang dan budak dulu.. Tapi bagaimana cara kita mendidik dan suasana yg kita wuhudkan di rumah dan di tempat dia belajar.. Anak2 hari ni lebih suka duduk dengan kawan2 mereka sebab kawan2 lebih pandai menghargai dirinya berbanding kita ibu bapa hargai anak kita.. Kita lebih suka bercakap dengan talifon dan senyum pada talifon berbanding senyum dan bercakap dengan anak2 kita.. YaAllah.. Ampuni kami.. Semua salah saya..

Saya pernah di kongsi satu orang pakcik dia suami kepada cikgu kimia saya dulu cikgu Joned Badar.. Pakcik mus ada 11 orang anak lelaki.. Dan semua berjaya macam2 profession.. MasyaAllah.. Masa kecik anak2 mereka ni kalau dtg raya habis rumah orang dikerjakan.. Pecah sana pecah sini.. Tuan rumah berbulu je tengok.. Tapi pakcik mus ni hanya senyum dan tegur2 biasa je.. Tapi lepas balik rumah.. Pakcik mus akan bawa anak dia yg buat salah tadi masuk kereta dan bawa pusing2 makn ais krim lepas habis makan dia akan marah dan nasihat anak dia dalam kereta sorang2.. Bukan di hadapan anak2 yg lain.. MasyaAllah.. Banyak saya belajar dengan pakcik mus..

Kadang2 perasan tak.. Kita kata kat anak kita "ibu nak ahmad balik sebelum pukul 6.30..!" Bila dia balik lewat kita marah mereka kita tengking mereka kita pukul mereka.. Tapi ada masa dia balik lagi awal daripda 6.30 kita lupa nak hargai mereka.. "Bagus anak ibu balik awal.. Anak soleh betul...." Kadang2 kita kedekut nak puji anak kita.. Kita lebih suka lihat kebaikan anak orang lain.. Puji anak orang lain berbanding kita puji darah daging kita sendiri.. YaAllah ampuni kami.. Semua salah saya..

YaAllah tuahn kami..maafkan kami..kami bodoh.. Tak pandai jadi ibu dan ayah.. Kami abaikan tanggungjawab kami untuk didik anak kami cara sunnah.. Kami tak kenalkan mereka denganMu dan nabi saw... Maafkan kami yaAllah kami lebih sibuk dengan dunia kami harta kami berbanding didik anak2 kami jadi seperi sahabah rhum.. YaAllah ajarlah kami jadi ibu dan ayah seperti sahabah RHum.. Wahai Allah tuhan kami.. Janganlah jadikan anak2 kami sebagai pengahalang pda kami untuk masuk syurgaMu.. Amiiin

Share jika terkesan di hati dan bermanfaat untuk jadi ibu bapa yg baik..

Motivator Remaja,
Ustaz Khailil Razak

1 to 1 Motivation Program untuk anak yang bermasalah boleh hubungi 0137791637

Follow Insta - #UstazTido

#StoryUstazTido

Terima Kasih

May 27, 2016

Bila ibadah sunat dialatkan sebagai kepentingan Duniawi :(

Jangan beribadah kepada Allah swt kerana inginkan ganjaran keduniaan seperti solat dhuha untuk kaya dunia, baca surah al-Waqiah untuk bisnes maju, tahajjud untuk laris produk, jemput rezeki dan sebagainya. Sebenarnya itulah satu bentuk tipudaya Iblis, sehingga matlamat dunia menjadi utama, akhirat menjadi kedua.

JUSTERU, beribadahlah kepada Allah swt agar diredhaiNya dan diberikan KAYA JIWA, kerana mereka yang diredhaiNya akan dicukupkan. Anggaplah pemberian dan ganjaran Allah jika dinikmati didunia itu adalah kejutan dan matlamat 'secondary' sahaja. Bukan yang utama dalam fikiran dan niat.

Dr.Zaharuddin Abdul Rahman

Muhasabah Diri

Terima Kasih

May 2, 2016

Beza 4 Perut dan 160 Perut

My ex-boss, gaji sebulan RM40,000. Time tu aku tengok dia, mai pagi tunjuk muka sat + cakap-cakap sat, lepas tu sudah.

Belah petang, mai tunjuk muka + cakap-cakap sat + gelak-gelak, lepas tu sudah.

Dalam hati aku, amboi mudahnya kerja depa. Itu saja kerja, bulan-bulan dapat RM40,000. Fuh.

...

Hari ni, baru aku faham.

Apa kita nampak? : Bos ni, kerja goyang kaki saja. Setakat mai tunjuk muka cakap sikit-sikit, kucing aku pun boleh buat.

Apa yang kita tak nampak? : Jadilah bos kalau nak nampak sisi mana yang staff-staff tak nampak.

...

Dia bukan CEO. Yang CEO, abang dia. Walau abang si CEO, abang dia tak terus lantik bagi kerusi & jawatan yang berpendapatan RM40,000 tu.

Abang dia pun mula dari bawah. Siap kena simbah dengan sup panas dengan orang awam tak silap aku.

Dia cuma meniaga, bukan nak tanduk orang tak tentu hala ka buat jahat ka. Yang dok pi simbah sup panas tu buat apa?

Bila si abang bermula dari bawah, si adik pun di biar usaha dari bawah.

Kerusi gaji RM40,000 tu cuma boleh duduk bila betul-betul layak.

Part dia mengesot berhempas-pulas dari bawah sementara nak layak duduk atas kerusi berjawatan puluh-puluh ribu tu, antara part yang kita sering terlepas dan tak tengok.

...

Antara part yang kita tak tengok lagi ialah.....

Kita katalah ada anak 2 orang, isteri 1 orang. Termasuk diri kita, 4 perut semuanya.

Kita sebagai staff, dok fikir nak isi 4 perut ni saja paling tidak tiap-tiap bulan.

Katalah bos yang gaji RM40,000 sebulan ni, dibawah jagaan dia ada 40 orang staff.

Katalah purata family member bagi setiap sorang bagi 40 orang staff ni ialah 4 orang.

4 orang = 4 perut.

4 perut X 40 orang staff = 160 perut !

Tolak diri bos ni dan family dia, dia nak kena fikir tiap-tiap bulan macamana supaya dia boleh terus bayar gaji supaya 160 perut ni dapat diisi !

Kita fikir nak isi 4 perut VS bos fikir nak isi 160 perut.

Kalau kita tiap-tiap bulan dah stress setakat nak isi 4 perut, macamana bos punya stress nak pastikan 160 perut dapat diisi?

Nisbahnya ialah 1:40.

Bos 40 kali ganda lebih stress dari staff.

So, layak tak Tuhan bagi kat hang RM1,000 sebulan dan bagi RM40,000 ke bos hang?

...

Antara sifat Tuhan itu adil. Adil itu bukan sama-rata. Sama-rata bukan adil. Tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Macamana nak faham statement ini? Gini :

Nisbah hang kat atas tadi 1 saja, tapi nisbah bos hang 40. Kalau Dia bagi hang RM40,000 sebulan, bos hang RM40,000 sebulan, apakah itu adil?

Sudah tentu tidak adil kan? Itu sama-rata.

...

So, kalau selama ni ada dalam kalangan kita dok mengata kat bos tu............harap terbukak sikit ya fikiran dengan perkongsian ni.

Kalau bos kot tergarang sikit pada satu masa, maafkan dia. Pastinya bersebab.

Kot nampak bos bersenang-lenang tu, jangan iri hati dengan dia. Time mana dia bekerja, time mana dia menangis, time mana dia stress untuk pastikan kita sebagai pekerja serta anak-anak kita terus terisi perutnya..........kita taktau.

Bulan depan ni dapat gaji lagi, pi kat bos ucaplah ucapan TERIMA KASIH dari sudut hati paling dalam dengan senyuman paling ikhlas.

Duit gaji yang kita dapat tu, ya betoi dari hasil titik peluh kita usaha. Tapi bos tu lah yang dok kuat berusaha supaya kita boleh terus bekerja. Dengan ucapan seringkas tu, seronok hatinya. Hilang sat stress atau keletihan dia urus syarikat.

Tak faham takpa. Bulan depan berhenti kerja, pi bukak syarikat sendiri. Fahamlah macamana susahnya nak bangunkan syarikat sementara nak boleh ambik pekerja. Dah ada pekerja macamana nak pastikan kita terus mampu gajikan pekerja-pekerja tu. Huhu.

...

Terpanjang lah pulak mengarangnya. Dah lah sampai sini. Panjang-panjang sangat bukan hampa baca pun. Hoho.

Teringat kat bos lama, spontan ja jari pun kongsi sedikit cerita diselit dengan pemikiran/pendapat dan sebagainya.

K bye.

Terima Kasih

May 1, 2016

Kenapa Nak Malu?

ASSALAMUALAIKUM.. AKU COPY DAN PASTE DARI FACEBOOK..

Ada orang malu nak bagitau dia berniaga. Malu nak bagitau dia jual online, malu nak bagitau dia jadi dropshipper, malu nak letak iklan kat wall, malu nak bagitau kawan kawan yang sabtu ahad dia bukak meja jual nasi lemak, segan nak canang dia jual kuih petang petang.

Kenapa mesti malu ye? Aku ada kawan yang weekday dia kerja as banker dan weekend dia bukak meja jual air mangga. Sedikit pun takde rasa takut untuk di kecam.

"Eh kau jual air mangga. Keje banker tak cukup duit ke"

Kalau kau dengar ada suara suara sumbang macam ni, kau jangan pegi maki dia. Kau tapau satu cawan kasi dia minum free. Lepas tu kau cakap kat dia, kalau sedap lepas ni singgit satu cup😁.

Sama ada kau berniaga atas dasar nak carik duit lebih memandangkan kita semua ada hutang nak hadap setiap bulan. Atau berniaga sekadar suka suka. Tak usah malu. Semua rezeki Allah dah tentukan. Semuanya kerana gerak dari Dia. Kita bukan buat kerja haram. Kita berniaga je gais. Bukan pegi mencurik. Jangan malu dalam mencari rezeki. Jangan rasa takut standard kita jatuh. Malulah jika kamu malas dan hanya mengharap belas ikhsan dari orang.

Dan bagi kamu yang suke mengata kawan kawan yang berniaga kecik kecik ni, nasihat aku satu je. Kau belum diduga Tuhan lagi. Dunia ini roda. Ada masa kita diatas. One day kita pasti dibawah. Jangan menghina.

Mungkin mereka itu tidurnya lebih lena dari kita.☺

Jom follow my IG
@dexandra.fragrance
@linimohdn

TU SAJE.. TQ.. WASSALAM..

Terima Kasih

April 16, 2016

Allah SWT tak perlu kau..

Ingat, solat untuk bekalan selepas dunia.. Kau perlu Allah.. Tapi Allah tak perlu kau kalau kau tinggalkan perintahNya..

Terima Kasih

April 7, 2016

Menjahit...


Assalamualaikum wbt.. haaa.. kebelakangan ni jarang tengok aku blogging even bersegmen atau join giveaway.. Bukan sebab malas atau malas, tapi sebab aku sedang sibuk menjahit baju-baju raya pelanggan aku.. Alhamdulillah masih diberi kepercayaan untuk menjahit baju mereka.. hehe..

sekarang tengah sibuk menjahit baju melayu dan baju kurung.. pasangan bertunang ni.. agak lovely jugak baju yang dia bagi design.. hehe.. baju melayu tu la yang aku suka.. baju warna dark blue kain Valentino, kolar cekak musang dan poket baju pulak warna hitam kain satin.. sangat cantik dan menyerlah.. harap jahitan MPI disukai beliau.. Amiin..

Sambil tu, aku jahit jugak kain belah bohong, baju kurung pesak gantung, dress, jubah dan sebagainya.. haaaa.. yang stay area Kuching,Sarawak tu kalau belum jumpa tailor silakanlah pm MPI kalau berminat ya.. harga inshaaAllah yang terbaik dari MPI..

Ni MPI sertakan hasil-hasil baju yang MPI jahit.. hehe..









kalau perasan, ada yang MPI letak beads kat baju.. tu pun MPI jahit sendiri.. gigih sungguh demi kepuasan diri.. haha..

ok tu je.. MPI nak menjahit balik.. love you as always.. Wassalam..

Terima Kasih

April 4, 2016

Betulkan Diri Sebelum Betulkan Yang Lain dalam Bisnes

Jomm baca sampai habis, rugi x baca tau!!

Kita orang berniaga.
Ada kala sales kencang maut.
Ada kala sales semput.
Mahu salah siapa?

- Marketing dah buat separuh nyawa.
- Kelas dah berhabis ribuan ringgit. Masuk kelas sini, masuk kelas sana.
- Tindakan dah sehabis kudrat. Kalau orang lain tidur 8jam, kita tidur 2 jam je.
- Duit dah banyak lebur. Segala strategi, teknik, tips sudah di gunakan.

Semangat mula luntur.

Nanti dulu!

Tinggalkan semangat yang berbaki.
Ini bukan pengakhiran hidup.
Mungkin ada perkara basic lain yang kita terlepas pandang.

- Akibat seronok dan teruja berniaga, solat sering kita abaikan. Dengar sahaja azan, tangan kita masih mengulit kerja-kerja yang tidak berkesudahan.

Sedangkan janji Allah,

"Jaga AKU, pasti AKU jaga urusan kamu"

Beberapa petikan saya terbaca di dalam buku "mudahnya menjemput rezeki".

Tentang seorang yang bekerja menyusun batu, apabila tiba batu terakhir untuk di susun, azan berkumandang. Lantas beliau letakkan batu terakhir tersebut dan bergegas menunaikan solat.

Ini antara ayat-ayat yang terus menusuk ke dalam hati di dalam buku tersebut.

"Jika saya menghabiskan batu terakhir tersebut, ini bermaksud saya memBESARKAN batu tersebut bukan memBESARKAN Allah"

- PAUSE -

Apabila ralit berniaga, terkadang kita terleka.

Kita kata Allah first. Tapi perbuatan kita, Allah last.

Pengajarannya Allah berikan sales yang slow.
Tapi kita masih pura-pura tidak nampak.
Mencari mana silap yang mahu di betulkan.
Hingga terlupa mahu betulkan diri sendiri.

Itu lah kita.
Manusia yang pendosa,
Yang sering bergantung harap pada manusia.
Pada tools. Pada strategi. Pada tips dan trick.

Sedangkan Allah dah tunjuk,
Sebaik-baik strategi marketing adalah strategi marketing dengan AKU.

- Solat awal waktu
- Bersedekah
- Menjaga keharmonian hubungan sesama manusia
- Dhuha
- Tahajjud
- Taubat

Muhasabah.
Itu sebaik-baik tindakan.

Sesungguhnya Allah memberi Rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dengan tidak terhitung jumlahnya..(Ali 'Imran 3:37)

LIKE & SHARE JIKA BERMANFAAT

nota diri, jom jadi orang bisnes yang beriman.

Terima Kasih

March 9, 2016

Beza Manusia dan Matahari...

Assalamualaikum.. semua mesti tahu kan pasal Gerhana Mataharu harini? pukul 0700Hours pun macam pukul 0500Hours.. takut sangat..:( memang lah harini bukan Jumaat(sebab kiamat on Friday kan), tapi takut tu masih ada sebab sedangkan Nabi Muhammad SAW nampak je gerhana terus buat solat sunat gerhana dengan sujud yang panjang.. Rasulullah kita cukup takut, apatah lagi kita yang belum tentu nasib di akhirat kelak.. Allahu.. :'(






(ni adik ipar aku tangkap)




Antara gambar² yang sempat abang ipar dan adik ipar aku snap masa pergi kerja tadi.. yang paling jelas yang adik ipar aku snap tu kan? dia pakai kadbod kalau tak silap aku...

kemudian aku layan facebook.. terjumpa satu statement tentang beza Manusia dan Matahari.. hmmm


👉Matahari yg berkali-kali ganda besar yang kita lihat hari ini sudah ribuan tahun umurnya, inilah matahari yang sama Nabi Adam tengok, matahari yang sama Nabi Saw tengok. Namun matahari tetap patuh pusing dalam orbitnya tanpa sedikit pun ingkar perintah Allah dari dulu sampai sekarang.

Manakala manusia pula yang berpuluh-puluh kali ganda lebih kecil dari matahari, umur pendek hanya puluhan tahun, yang lemah lagi kerdil. Tetapi sangat berani lawan perintah Allah, selalu ingkar perintah Allah.

-Ustaz Abdullah Khairi-👈

Sumber : facebook #MalaysianOnCoveringAurah

nampak? fikir²kanlah.. salam.. :')

Terima Kasih

February 26, 2016

SHOPPING REVIEW @ MR.Diy Plaza Merdeka


Assalamualaikum WBT.. dua tiga hari ini aku tetiba la suka nak pakai barangan perempuan yang girly-girly tu.. so keinginan di hati nak beli Cepit rambut yang mulut buaya tu dengan cekak rambut yang simple ada gigi-gigi tu..



dua benda ni je yang aku nak beli.. so, malam tadi we both(me and husband) memang nak cepat tahap naga, so kami pun ke DIY.. senang sikit.. selalunya cepat urusan kami kalau ke DIY..

tapi, yang dinamakan manusia hanya merancang, ALLAH SWT yang menentukan segalanya.. urusan kami menjadi sangat lambat disertakan dengan lahar merah dari gunung berapi aku sekali keluar sebab ke DIY..

Masa memilih barang takde lah masalah.. elok je.. tenang je.. cuma kami berdua yang kelam kabut sebab nak cepat.. ek eleh, masa nak bayor tu yang sedih sangat weyhhhh!!! aku nak bayor tu, beratur la.. berbudi bahasa la kan.. pastu alamak ai, apa yang slow motion sangat kaunter ni? pakcik ni beli apa sampai slow gila babun ni.. haaa amik kau lebih dari 30 bilangan barang dia.. tapi jenia barang dalam 2-3 jenis jee.. cuma dia beli dalam kuantiti yang banyak.. yang si kerja cashier tu macam tak pernah training je.. terkedek2 dia scan barang dsbg.. kau scan je la smua barang tu, apa masalahnya.. aduhai.. semak tul lah..

so, disebabkan kesemakan itu, aku move ke kaunter sebelah yang berhampiran dengan pintu kelaur masuk DIY ni.. aku tengok abang yang tengah bayor tu dah abis barang dia, tinggal tunggu duit baki and selepas dia ada abang yang beli 3 barang kecik-kecik dalam rm5-rm7 gitu.. so aku terus beratur di belakang abang tu.. so tunggu lagi dan lagi.. ish.. bagi duit baki pun slow? apa benda la budak2 kerja sini ni.. apa yang sedih sangat ni.. ok dah siap abang yang first tu,abang yang second sebelum aku tu plak bayor.. haa.. lega sikit hati ni.. then, masa dia scan barang terakhir abang tu, "PAPPP".. perempuan sebelah cashier tu dengan selamber badak je dia hempas papan tanda "COUNTER CLOSED" kat depan muka aku and husband aku..

ewah ewah kau ni cik kak!!!!!! WHAT THE FISH!! kurang ajar tak kurang ajar korang rasa? kalau ye pun korang niat nak close kaunter, apahal kau tak letak elok-elok papan tu? then, apahal kau closed masa aku dah nak tertidor menuunggu korang scan barang yang super lama tu????!!! WHY MASA AKU DAH TUNGGU LAMA!!!!!!!!! ARGH, kan dan kena sembur aku!!! the best part s, dia dengan muka tak bersalah boleh je dia cakap bayar kat kaunter sebelah k? oi!!! apa ni!! dahlah tak de cakap SORRY, rilex gila suruh bayor kat kaunter sebelah.. haishhhh..

then aku and husband tros blah dari situ.. tinggal je barang tu kat situ..

to korang yang kerja as cashier.. tolong la jangan buat macamtu kat customer.. atleast say sorry.. atleast nak letak papan tanda tu elok-elok laa jangan hempas-hempas.. atleast sebeum orang queue up lebih panjang, letak la awal2 papan tu.. benda tu very rude tau.. customer tolong bos korang bayar gaji korang, jangan la buat rezeki korang jadi kurang berkat.. tak baik. ok?

because of this, aku dah report dekat facebook MR.Diy just now.. harap diorang ambil tindakan kat staff-staff dia yang 3 orang tu.. maaf jika rasa review aku ni disturbing or menjatuhkan mana-mana pihak.. but I feels like this review got no offense too.. thanks for reading.. salam~



Terima Kasih

February 22, 2016

Skystreetz Freelance


Servis repair laptop di Kuching, Sarawak.

Based at Kuching, Sarawak.
Murah berbanding biasa.
COD available.
Agent di Politeknik Kuching Sarawak.

whatsapp us immediately..

PC & Laptops
png_2046-Laptop-Cartoon-Character-Holding-A-Wrench.pngcartoon-sick.pngUpgrade . Repair . Replace

Did your laptop having fever or sick lately ?
Feels like need to send it to the shop for some services BUT afraid of being cheat or took too much times for repairing.. Hmmmm..
Don’t worry, WE can help you! Check this out!!

  • Checking laptop’s and pc’s “sickness” Fee | RM5
  • Virus cleaning | RM5(pendrive), RM10-RM13(laptop&pc)
  • Update software/apps | RM7>RM10
  • Reformat | RM30
  • Backup | RM10 (+RM1 for additional 1GB backup data that more than 10GB)
  • Laptop and PC cleaning service | RM15
  • Laptop Hardware repair and installation | RM30 to RM50 + Price of the broke hardware

*Usual broken hardware : screen, keyboard, harddisk, RAM, battery, charger etc
*we will help u to buy the most cheap and best quality of laptop’s & pc’s hardwares
*hardware is pre-order. So,we need a week+ to wait the stocks of the harware available, THIS depending on the brand of your laptops and pc.






Terima Kasih

Tak Semua, gais... Tak Semua...


gais...

Tak semua orang SUKAKAN kita..
tapi, tak semua juga yang BENCIKAN kita..

Tak semua orang SENANGKAN kita..
tapi, tak semua juga yang SUSAHKAN kita..

Tak semua orang BAIK dengan kita..
tapi, tak semua juga yang JAHAT dengan kita..

Tak semua orang FIKIRKAN kita..
tapi, tak semua juga yang LUPAKAN kita..

Tak semua orang PUJI kita..
tapi, tak semua juga yang MENGUTUK kita..

gais..

Ingatlah.. kita ada lidah, ada mulut.. kita boleh senang-senang cakap pasal orang..
tapi, orang lain pun ada lidah, ada mulut.. mereka juga boleh senang-senang cakap pasal kita..

kalau kawan mengatakan tentang keburukan orang lain pada kita, tak mustahil kawwan kita tu akan mengata kita pada orang lain juga..

gais..

kalau kita nak kenal seseorang yang kita tak pernah kenal, kita kena duduk semeja dengan dia.. borak.. lepak.. share tentang diri masing-masing.. sekurang-kurangnya 3 hari 3 malam..
tapi, kalau kita kenal seseorang yang kita tak pernah kenal melalui orang-orang yang kebetulan tak suka dia, means kita ni sama la macam gunting.. memisahkan dan menyakitkan.. you know what I mean.. =)

wassalam~



Terima Kasih

February 20, 2016

Isteri Malas ek?


Perlabelan Malas oleh cik Aten kepada surirumah yang tak sempat layan suami dsbg..




dan ini jawapan kak D..



Adik ni baru kawen. Masih mood honeymoon. Belum ada anak lagi.. and duduk rumah jer tak kerja. Kalau tak silap saya lah. Sebab tu yg dia tulis dekat status dia yg baru pasal rumah tu..

kita dulu mula2 kawen pon mcm adik ni.. rasanya semua wanita sama mcm adik ni. mmg seronok buat keje semua sorang2… Kesian dekat suami kalau balik keje nak kena pegang penyapu. Asben tak tolong pon takpe.

Tapi kan dik, akak ni, bila masuk jer anak 2, huru hara dikkkk… serius… nak makan pon tak sempat. Nak terlelap sekejap pon susah… nak berak pon anak dah meraung2 kat luar toilet… adik lom rasa lagi kan?.
Akak doakan adik ni cecepat dikurniakan anak inshaAllah. Izin Allah.

Masa tu lah, tanggungjawab suami ni penting. Sgt2 penting toleransi dalam rumahtangga… kalau suami dah biasa terMANJA dgn isteri, dia akan buat taktau jer keje rumahtangga.. sungguh. Tak tipu. Ramai yg berlaku depan mata.. tapi kalau sama2 buat, isteri tak penat, isteri tak masam muka, nak layan suami pon happy je memanjang.. sebab tu

Cop isteri pemalas…

Allah letak tanggungjawab rumahtangga pada suami dik. Sebab WANITA DIKUASAI EMOSI & MUDAH KELETIHAN.. tu Nabi dah kata. Allah dah jadikan SUAMI ISTERI tu memerlukan antara 1 sama lain.. manjakan suami ada caranya… penting sgt2 toleransi…

Kalau dari cara adik ni tulis, SUAMI BERHAK UNTUK MEMILIH ISTERI YANG RAJIN, sesungguh ketahui lah, RAJIN TU PERLU SAMA2. Bukan SALAH SORANG dik… Isteri tak boleh malas. Suami pon tak boleh Malas… Statement adik terlalu berat sebelah untuk kami isteri2 dan ibu2 . Apatah lagi isteri2 yg sama2 bekerja mencari nafkah dalam rumahtangga. Allahurabbi… asal tak masak, asal baju cuci seminggu sekali, asal rumah bersepah dah COP ISTERI PEMALAS. Dah nak cari perempuan lain. Agak2 lah… Masing2 ada pro & cons. Menerima dan memberi… kena anak 4,5 org semua kecik2, baru kemas, berkembur balik.. haishh.

Xyah cakap banyak2 la.. doa adik ni tabah lalui hari2 mendatang dgn cabaran yg lebih hebat… semoga Allah kurniakan zuriat buat adik Atenn.. aminnn mudah2an…



Sumber:D Nurul Laila Hany
kbye

Terima Kasih

February 19, 2016

Bila Bertunang Dihebahkan...

Bab bertunang ni setakat ahli keluarga dan orang terdekat je yang tahu cukuplah.

Tak payah disebarkan sampai ke seluruh alam, upload gambar tunang, siap buat status bagai.

Kawan2 yang tahu pun diam-diam sudahlah. Tak perlulah nak tag bagai atau hebohkan ke seluruh pelusuk alam yang si polan ni dah bertunang.

Tenang sudah.

Itu belum lagi yang buat majlis tunang yang sampai grand mengalahkan majlis perkahwinan. Allah..

Kawan2..

Walaupun kau kaya mana sekalipun, bersederhanalah.

Pertunangan ni suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.

Tapi ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ni daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik.

Walau dah bertunang sekalipun, batas tetap sama kena jaga.

"Iklankan (maklumkan) perkahwinan."

(Riwayat Ahmad)

Terima Kasih

February 5, 2016

Bornday Sang Suami


Assalamualaikum WBT.. hehe.. tetiba malamni nak update entry.. fikir punya fikir, nak update ape ye? asyik join G.A, join segmen kan.. so tetiba keluaq idea nak cerita pasal hari birthday sang suami tercinta.. saja nak share apa yang aku buat untuk dia.. hehehe

so, birthday dia hujung bulan Januari.. dah beberapa hari lepas dah.. alkisahnya begini, aku terlupa cara jahit baju nurse.. so nak tak nak aku kena refer balik dengan cikgu giatmara aku dulu.. aku pun pergilah.. ditemani kak Zimah, classmate aku masa di gitmara dulu.. then syok la duk blajaq semula.. refresh tu kan.. jahit punya jahit, tengok jam dah pukul 3petang..

and aku pun terasa cam ada something yang aku lupa niii.. suddenly, YA ALLAH!!! aku tak prepare apa pun untuk birthday laki aku.. camana ni..terus aku kemas-kemas.. gelabah gila aku weyhhh.. kelam kabut sampai tertinggal benang aku.. *sigh*


then tunggu kak Zimah dengan kawan dia lagi.. haih.. nak cepat tu pulak la kawan dia nak hantar quotation bisnes dia bagai.. rasa nak nangis je lah.. setengah jam kemudian sampai la di rumah.. haaa.. penatnya otak aku berfikir dari pagi.. rehat jap.. keluarkan apa yang nak diguna pahtu ilek baik.. pukul 4 petang barulah bermula projek LAST MINUTE aku untuk suamiku..

kelentang kelentung(ini kira bunyi memasak la kat dapor) hahaha.. akhirnya pukul 6 petang projekku berjaya.. nak tahu apa aku buat ?














tadaaaaa.. hehehe.. projek kek cheese leleh leleh dan kek pisang.. menurut husband aku, dia  minat sangat-sangat kat dua jenis kek ni.. bila aku tanya pasal kek coklat minat ke idok, dia kata dulu minat, tapi lepas dapat kek coklat pahit dan hangus dulu, dia jadi macam dah ter'set' dalam otak yang kek coklat akan pahit dan hangus.. maybe dia trauma kot.. plus kek coklat kan nampak macam hangus je warna dia kan.. so dia macam dah tak boleh nak beza kek tu hangus ke idok.. aku pun tak tahu kat mana dia beli kek coklat pahit dan hangus tu.. nanti suatu masa lain isterimu ini buat kek coklat special untuk awok ye.. sure tak hangus dan pahit inshaaAllah.. =)

tu je pon yang aku buat.. mama masakkan ayam masak merah untuk dia.. =) happy bornday suamiku.. semoga panjang umur murah rezeki dan bahagia selalu.. muah cikeddd.. hehe..

btw, resepi kek pisang aku dapat dari idola aku, Kak Ita.. singgah2 la situ k.. =)

thats all.. selamat menonton... Wassalam~


Terima Kasih

January 26, 2016

Perkara Yang Tidak Penting...

Perigatan bersama..

Sayidina Abu Bakar as siddiq pernah meletakan batu dalam mulutnya supaya dia dapat mencegah mulutnya daripada bercakap perkara tidak perlu dan beliau mengisyaratkan lidahnya... (Inilah yang banyak membawa aku kejurang kebinasaan, maka aku mestilah berjaga-jaga daripadanya.)

Wallahua'lam...

Terima Kasih

Dan bila ALLAH SWT taknak terima amalan baik kita di dunia...



Terima Kasih

Kelakuan Aneh Encik Suami…HAHAHA

Assalamualaikum WBT.. hahaha.. agak dah gila ke apa ye nak cerita pasal keanehan suami sendiri.. hehe.. maybe orang akan anggap keanehan ni suatu kebiasaan,MAYBE .. tapi bagi aku ini suatu keanehan.. hehehe..

Alkisah, aku ni suka main game HayDay.. alaa game yang ternak-ternak ayam, lembu kambing biri-biri dsbg.. pastu tanam raspberry, tanam apple, tanam padi dan segala macam yang boleh ditanam.. aku suka main tu sebab menguji kesabaran… saje la main bosan-bosan.. pastu santai je game tu.. addict pun setakat gitu-gitu je..


Baru laaa level 28 -_-


Alkisahnya lagi, aku ni suka memasak tapi sedapnya idokkk.. saje nak cuba-cuba.. suka tengok idola-idola masak.. cam best je.. baru ni buat Roti Sarang Lebah dengan kek Pisang.. nyum nyum.. pastu buat masa ni aku Cuma reti masa ayam masak merah, ayam paprika, ayam sambal kicap, ayam masak kicap, ayam masak masam manis.. tu je.. semua ayam.. hahaha.. kesian encik Suami asyik makan ayam je..hikhik..


Ayam Paprik & Ayam Masam Manis

Keanehan suamiku bermula….. hahaha.. dia sangat suka makan masakan aku.. dari zaman bujang kitorang lagi.. aku  pun tak tau tang mana yg sedap kat lidah dia tu.. perangai dia ni sama dengan si Mashitah.. ada sekali tu masa aku  nak bertunang, dia lepak kat uma aku.. tolong-tolong siapkan tempahan.. jadinya kami tak sempat makan malam properly.. godek-godek petiais jumpa kueyteow mentah.. so aku fikir-fikir, kalau makan rebut-rebut dengan pompuan ni best jugak ni.. aku buat la kueyteow goreng basah yang sangat tak special untuk dia..-____- kesian kawan aku sorang tu.. siap aku kelentang kelentung kat dapur, aku panggil dia yang dah terlelap tunggu aku masak.. dia duduk tinggal makan je.. dalam hati aku, ni mesti kena bebel si Mashitah sebab makanan alakadar je.. si Mashitah ni memilih sikit bab makan.. kalau tak cukup garam ke apa ke memang dia komen.. tp takdelah cakap tak sedap.. dia komen ajerrrr.. then, baca doa and terus ngap.. masa baca doa tu mata si Mashitah ni ya mashaaALLAH aku ingat lagi, sangat kuyusssss.. haish.. –_- suddenly masa lepas ngap tu, aisehmennn.. bulatnyaaa mata dia.. O=O bising mulut dia cakap kueyteow tak special tu sedap sangat.. eh eh minah ni.. mana lidah kau.. bukan kau cerewet ke pasal makan… dan aku pun berhuhuhuhuuhu dalam hati sepanjang kami makan..

Melelat cerita aku.. back to my husband tadi.. husband aku request makan Roti Sarang Lebah.. aku pun, ‘okay, buat je la.. aku pun teringin benor nak makan roti yang unik rupa dia tu.. Keinginan aku bermula bila melihat idola ku, Kak Azlita post kat blog dia pasal Roti tu.. aduhai.. sakit jiwa ni bhaiiii..’ so projek ku pun bermula ditemani sang husband.. dari proses menguli sampai la proses dah siap husband aku di sisi.. hehehe.. pastu husband aku memulakan sembang yang aneh tu :


Husband : Yessss.. akhirnya dapat makan something yang sayang buat dari awal.. hihihi
Aku : Eh? Selama ni pun sayang masak dari mula kan..
Husband : Manada!
Aku : Laaaa.. kenapa pulakk..
Husband : yelaaa.. sebelum ni breakfast roti sandwich beli, egg crumble dengan boiled potato je yang sayang masak sendiri..
kalau sayang baked roti sandwich tu barulah namanya buat dari mula..
Aku : laaa pulak dah.. abihtu ayam masak merah tu pun kira bukan dari awal la sayang masak?
Husband : ha’ah.. bukan dari awal.. kalau sayang yang bela and ternak ayam-ayam tu barulah masak dari awal..
Aku : amboiii.. ingat sayang ni petani ke? Hahaha
Husband : hehehe.. sayang bela la ayam, waaa mesti best kalau sayang buat dari mula masakan sayang untuk B..
Aku : ewah-ewah B ni.. boleh B, bolehhhh sangat! Kejap lagi sayang check lading HayDay sayang.. nak tengok dah cukup tua tak
Ayam sayang.. kalau cukup tua, sayang keluarkan dia dari handphone and sembelih,
Pastu masakkan untuk B, okay??
Husband : erkkk….
Aku : susu lembu pun ada b.. fresh dari lading.. ada raspberry, ada tebu, ada blackberry, ada apple.. B sebut je… sayang ambikkan..
Husband : dan suamiku ketwa berdekah-dekah..hahahahhahahahahhaha



Aneh giler.. kes suka sangat aku buatkan apa-apa untuk dia.. love you lah b!! :* XOXO

Terima Kasih

January 5, 2016

Dear Parents, Jangan Terkejut Bila Anak-Anak Anda Berkelakuan Di Luar Jangkaan!

Assalamualaikum..

Dear Parents,

* Tarzan lives half naked,
* Cinderella comes home at midnight,
* Pinocchio lies all the time,
* Aladdin is the king of thieves,
* Batman drives at 200 mph,
* Romeo and Juliet commit suicide out of love,
* Harry Potter uses witchcraft,
* Mickey and Minnie are more than just friends,
* Sleeping Beauty is lazy,
* Dumbo gets drunk and hallucinates,
* Snow White lives with 7 guys.

We shouldn’t be surprised children misbehave, they get it from their storybooks and cartoons which ''we'' provide them...

We should instead be teaching them stories like;

*Abu Bakr (ra)’s loyalty and undying service for his master,
*Umar ibn Khattaab (ra)’s love for justice and tolerance,
*Uthman ibn Affan (ra)’s level of shyness and modesty,
*Ali ibn Abi-Talib (ra)’s show of courage and bravery,
*Khalid ibn Waleed (ra)’s desire of combating evil,
*Fatima bint Muhammad (ra)’s love and respect to her father,
*Sallahuddin Al-Ayubi (ra)’s conquest of the promised land,

Above all, we should teach them about Allah (subhanahu wa ta'ala).

If we are teaching our kids stories from the authentic Qur’an and Sunnah AND implementing it, InshaAllah they will never be lead astray.

A reminder for myself first and foremost. I got it from a Whatsapp group (4 Lesayangan from Siti Mashitah) and want to share with everyone.






p/s : gambar budak tu sekadar hiasan.. dia adalah anak buah yang sangat baik.. tq..

Terima Kasih

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign