Pages

September 27, 2015

Menyampah..

Tak semua orang sukakan kita.

dan

Tak semua orang bencikan kita.

Cuma kadang-kadang orang menyampah dengan kita.

Tapi, mustahil pulak nak memuaskan hati semua orang.

Pegang pada prinsip :


"Beri yang terbaik, dapat yang terbaik".

-DiriSendiri-





Terima Kasih

September 24, 2015

Bukan Mudah Menyesuaikan Diri..

Assalamualaikum WBT semua..

bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.. begitu jugak la aku dengan kerja aku sekarang ni.. hampir sebulan aku berkerja dengan Aunty dan Ahthian, aku baru dapat menyesuaikan diri dan menyelesakan diri di tempat kerja.. bukan sebab aku memilih bekerja, tapi sebab kena bangun awal, kena buat bekal makan, kena ready mental fizikal supaya tak cepat penat masa bekerja, dan kena jaga disiplin dengan seketat-ketatnya..

yela sebelum ni lepas solat subuh, pakat sambung membuta padahal lepas subuh tu la rezeki berebut nak dekat dengan kita(inshaaAllah).. sebelum ni makan semua mama siapkan(geng2 pemalas masuk dapur).. dan sebelum ni disiplin harem..

Alhamdulillah, kepada ALLAH dipanjatkan kesyukuran sebab dan boleh ngam dengan suasana tempat kerja.. riang ria gelak ketawa dengan Ahthian, dengan Aunty, dengan Chin.. hehe.. belajar benda baru, kumpul resipi.. dan paling penting aku boleh keluarkan segala kreativiti aku kat kerja aku.. puas dan lega sangat-sangat tau!! HAHAHAHAHAHAHAHA





besok cuti.. jangan jadi kuli batak ye KuYus.. Jumaat kerja balik and dah start busy sebab budak-budak sekolah dah nak habis cuti.. hehehehe.. another tough days and weeks to go through! I hope I can face all the pains and problems that will come to me.. and I hope Allah SWT will ease my way.. inshaaAllah amiin.. I hope I hope I hope!





sedekah senyum untuk korang! hihihi.. ok deh.. nak beraya duluan sama si gemuk yayang ni.. ke rumah lecturer berjumpa Mashitah sayang.. got to go..

WASSALAM..

Terima Kasih

September 21, 2015

Si KuYus Menggila...

Assalamualaikum WBT..

hai.. menggila aku arini.. kenapa.. sebab cuti sekolah.. menjadikan takdak banyak order.. membuatkan aku dan kawan sekerja mati kutu makan gaji buta dan rileks almost all the time.. bosan brahhhhh!! sigh!







kesian.. dengan botol pun boleh jadi mainan.. duhhhhh.. parah betul bosan aku ni..







botol lagi..







dan lagi.. hish..







tu je lah kerja aku.. buat bun sikit untuk display.. hmm..







parah parah.. rasa nak tidor pun ada.. kb.. nak mengamuk.. Wassalam

Terima Kasih

September 20, 2015

ROLL CALL : Cara Mendidik Anak Dari Dalam Buaian by Saiful Nang

Assalamualaikum WBT..

sedikit perkongsian buat ibu bapa yang masih mencari-cari cara mendidik anak dengan betul dan masih memikirkan bila waktu yang sesuai untuk mendidik anak.. mengikut Saiful Nang, fotografer yang terkenal ini, beliau mendidik anak dengan menggunakan cara roll call, iaitu perjumpaan sebentar bersama anak-anak dan membincangkan permasalahan yang mereka alami.. dan ibu bapa juga akan menyelitkan motivasi, peraturan dan sebagainya di dalam roll call tersebut.. di bawah KuYus sertakan post penuh Saiful Nang di facebook beliau..






ROLL CALL HARIAN ANAK SAYA (Seperti dalam foto yang isteri saya ambil ini)
Zaman nabi dahulu ia dipanggil TAKRIR (ikrar dan azamkan apa nak buat seharian) & TAKLIM (maklum & lapor apa yg telah dibuat) cuma di sini saya gunakan istilah inggeris...ROLL CALL. Orked (4 tahun), Seri (2 tahun) & Lela (9 bulan) bukanlah muda lagi untuk pembelajaran bermula. Pendidikan bermula dari buaian dan bukan tunggu dah darjah 1. Seri dah mula bercerita pada umur antara 1-2 tahun apabila dia diletakkan bersama kakaknya sekali dalam roll-call. Lela masih belum pandai bercakap tetapi diwajibkan hadir roll-call saya. Untuk apa? Method ini yang diamalkan oleh keseluruhan organisasi Rumah Pengasih Warga Prihatin lalu saya lanjutkannya di unit keluarga saya sendiri.
Anak seperti Lela yang belum pandai bercakap sebenarnya sudah lengkap deria input mereka seperti pendengarannya juga penglihatannya. Jangan ingat mereka tidak mampu berkata (output) bermakna mereka tidak mampu menerima input ilmu? Rugi sangat jika anda fikir begitu kerana dari buaian sehingga mereka pandai berbicara itu adalah INPUT SEHALA yang Allah dah jadikan dalam keadaan anak TIDAK BOLEH MENJAWAB.
Ketika itu, anda perlu masukkan tentang MATLAMAT HIDUP yang anda ulang-ulanginya walaupun mereka tidak boleh respon. Tiada ruang menjawab memberi kita RUANG UNTUK BENTUK JIWA & MINDA MEREKA DARI AWAL. Semasa mereka mula pandai berbicara, ketika itu pendirian dan aspirasi kita sudah terlalu kuat dalam hati mereka untuk mereka pertikaikan dengan mulut.
Masa saya terhad dengan keluarga, biasanya roll call berlaku semasa sarapan & makan malam. Kadangkala seperti gambar ini apabila keadaan memerlukan.
Anda pasti terkejut apabila anak anda mula pandai berkata-kata sahaja, mereka dah berbicara dalam bahasa kamu dan cara fikir yang kamu (ibu bapa) mahukan mereka berfikir. Anda pasti terkejut apabila mereka mula membicarakan istilah-istilah tinggi yang anda tidak perasan bila anda ajarkannya tetapi anda gunakannya dalam perbualan bersama isteri dan didengari oleh mereka
KANDUNGAN ROLL CALL
- Laporan harian Aktiviti anak
- Laporan harian salahbuat anak (sendiri mengaku)
- Pesanan & aspirasi Ayah
- Pesanan hormati ibu (ulang-ulang)
- Pesanan taati bapa, Rasul & Allah.
Itu sahaja, biasanya row call ini saya jalankan secara santai dan anak akan bercerita. Biasanya ia berlangsung dalam 5 minit. Saya hanya bertanyakan dalam row call kepada Orked tetapi kemudiannya itu menyebabkan Seri yang berumur 2 tahun juga mampu meniru dengan cepat sekali. Sekarang Lela yang masih 9 bulan dan belum pandai bercakap juga sudah mula mumbling bila kakak-kakaknya membuat laporan. InsyaAllah very soon, Lela mampu berkata-kata dan berpendirian seperti mana saya ulang-ulangi kepada kakak-kakak mereka.
WAKTU PENTING PENDIDIKAN ANAK ADALAH DARI BUAIAN
Post ini saya kongsikan kerana banyak pertanyaan common yang orang bertanyakan kepada saya tentang kaedah pendidikan anak-anak saya khususnya dan Rumah Prihatin umumnya (yang masih kecil lagi). Memang lah, masa kecil bolehlah nak jaga begitu, nanti bila besar tak tentu lagi. Pada saya pula, jika tidak dimula dari sekarang nanti besar dah jadi liat dan bila dah jadi buluh pasti susah nak dilentur dan bentuk. Jika boleh pun dengan API & PAKSAAN (tapi siksalah).
Mengapa mereka bertanya begitu? Pasti bagi mereka yang pernah jumpa Orked, Seri dan anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin akan bertanya soalan yang sama kerana bual bicara mereka tak sama dengan kanak-kanak lain (Yang ragu dan sangsi boleh datang melawat Rumah ini). Perbualan mereka lebih kepada perkara yang sudah diterapkan dalam row-call itu. Maka setiap hari ada pendirian-pendirian yang ditanam dan diulangi. Isteri saya pula merapikan dan melaksanakan pendidikan secara akademik kepada anak-anak itu untuk mengejar visi yang saya (bapa) tanamkan.
Mungkin ada yang pelik bila kanak-kanak ini bertanya kepada kakak-kakak sukarelawan dari universiti tempatan yang membuat program menceriakan anak-anak Warga Prihatin ini mendengar soalan dari anak sebesar Orked (4 tahun) yang berbunyi lebih kurang sebegini ;
Orked : Kak, apa RASIONAL gerakan ini? (bila disuruh menari)
Siswi : (Terkejut) Ohh..ini untuk kita suka-suka main bersama.
Orked : Ayah saya pesan, semua perbuatan dan permainan perlu ada FUNDAMENTAL yang kuat supaya mampu memberi PELAJARAN kepada anak-anak kecil seperti kami. Jika kurang kebaikannya, saya minta izin untuk tidak ikut aktiviti ini boleh tak kak?
Siswi : (Menoleh ke arah saya dengan senyum) Bijaknya budak ni.
(Kemudian baru siswa siswi itu mula menerangkan rasional aktiviti yang mereka mahu lakukan sebagai pelajaran kepada anak-anak kecil itu. Rasional yang melebihi sekadar suka-suka sahaja).
Satu lagi, jika yang sebesar Lela tu perlu juga ke masuk row call ?
jawapan saya, semestinya kerana disiplin row call hanya saya terap pada Orked tetapi Seri tahu dengan CONTOH kakaknya, Lela juga nanti akan dapat melalui contoh kakak-kakaknya. Kerja saya kan jadi mudah?
Selain dari itu, row call membentuk disiplin anak yang DATANG BILA DIPANGGIL. Sedih melihat zaman ini apabila anak dipanggil sampai dikejar dan ditangkap juga masih tak mahu datang. Semasa kecil ok lah, bila dah besar nanti bila dipanggil terus lari rumah pula.
Banyak masalah BESAR anak-anak kita sekarang ini terjadi apabila kita mengabaikan banyak perkara-perkara kecil pada awal pembesaran mereka. Antaranya ialah SILATURRAHIM (yang saya buat dalam bentuk row call dan bukannya PS3, Game console, tablet, smartphone dll). Mendidik anak zaman ini memang mencabar. Mari kita bincangkan perkara ini. - SAIFUL NANG

Menarik bukan.. sekian.. Wassalam..

Terima Kasih

WORDLESS : Balas Balik Apa Orang Buat Kat Kau

Bapak panjang title entry.. cakap wordless.. ni dah macam Wordmore







FIKIRKANLAH

Terima Kasih

Dia Pergi dariku.....

Assalamualaikum WBT..

Kadang², Allah hadirkan orang yang baik di sisi kita untuk menolong kita berubah. Tapi bila tiba masa nya kelak, Allah akan mngerakkan hati org tersebut untuk pergi dari hidup kita. SEBAB ? ALLAH nak tengok adakah kita berubah kerana Allah atau kerana manusia.


Kita kena ingat, kadangkala Allah turunkan hujan kilat dan ribut petir dlm hidup kita kerana Allah nak hadirkan pelangi kepada kita.
"Cantikkan pelangi? Tapi Kenapa Pelangi akan pudar dan hilang? Sbb Allah nak bagitau kita bhawa kecantikkan tidak akan kekal lama"



Allah uji keikhlasan hati kita kerana kalau tak wujud IKHLAS, maka segala perkara yang kita lakukan akan menjadikan hasil yang bukan terbaik dari diri kita.. sedang kita diberikan peluang untuk mengeluarkan dan melakukan yang terbaik, mengapa kita memilih untuk melakukan yang tak baik.. sudah jelas bahawa yang baik akan mendapat yang terbaik dan yang buruk akan mendapat yang terburuk.. janji Allah itu pasti.. ada kelebihan berfikir, fikirkanlah.. tiada yang mustahil melainkan yang dikehendaki Allah..


Renungan di petang Ahad yang mendung.. semoga bermanfaat..



Terima Kasih

Yaumul Jumu'ah : Syiling dan Kehidupan

Assalamualaikum WBT.. ye tau.. cik KuYus lambat buat segmen Yaumul Jumu'ah.. maaf.. KuYus busy sangat lately.. kat bakery.. kat rumah lagi.. maaf ye.. okay, Jumaat lepas KuYus jumpa dah pengisian untuk Yaumul Jumu'ah.. tapi, masa yang mencemburui..

okay.. pengisian kali ini mengenai duit syiling.. dan kehidupan kita.. kenapa duit syiling? jom kita tengok cerita di bawah..





Buat renungan kita bersama..
Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinyya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya . Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.
Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

faham kan, tak perlu KuYus terangkan banyak-banyak.. penceritaan yang padat dan sangat mudah difahami.. semoga kalian semua mendapat manfaat dari pengisian kali ini.. berjumpa di Yaumul Jumu'ah seterusnya.. Wassalam.. :)



Terima Kasih

September 17, 2015

POLIGAMI bukan SUNNAH?

Assalamualaikum.. Aku tertarik nak baca bebelan panjang sahabat aku di group muslimah kami.. selama ni aku silent reader je.. then aku terus like apa dia bebel di group.. dia bebel tentang 'POLIGAMI bukan SUNNAH?'.. so,meh baca kenapa dia cakap gitu.. ada betulnya.. thanks sahabat atas perkongsian ye.. :*



Aku rasa macam bodoh pulak bila ostat-ostat kata poligami ni untuk elak zina... Untuk salurkan 'nafsu' ke arah yg diredhai Allah... Ostat-ostat ni macam meletakkan poligami ni sebagai lesen melampiaskan nafsu aje...

Aku terfikir.... Kalau lelaki kawen... Kendian tengok perempuan lain, bernafsu, atas nama poligami maka pergilah dia kawen lagi satu sebab nak elak zina... Kendian nampak lagi perempuan lain, bernafsu lagi... Kawen lagi... Sampailah cukup kuota, agak-agak macam mana pulak lepas tu dia nak uruskan nafsu besar dia tu? Kenapa bila rasa bernafsu, tidak disalurkan aje dekat isteri dia yang sah? Jadi dekat sini apa masalah dia?

Masalah dia ialah NAFSU.. Jadi nak uruskan nafsu ni Allah dah berfirman:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (QS. an-Nur [24]: 30-31)

Itu yang utama.. Jaga pandangan. Allah tak suruh engko kawen sebab engko nafsu besar.. Siapa ajar tu ostat? Cukup-cukuplah memburukkan nama Islam dengan nama POLIGAMI ni... Jangan la nak sucikan NAFSU tu dengan lesen 'SUNNAH'... Poligami bukan sunnah... Mana ada perkara sunnah yang Allah letakkan syarat begitu ketatttt untuk dilaksanakan... Sunnah tu satu galakan.. Galakan tak pernah wujud berserta syarat yang ketat macam syarat poligami ni.

Semulia-mulia perempuan yang menjaga dirinya, keluarganya, anak-anaknya, makan minum suaminya, pakaiannya, hatinya, jiwanya, akhirnya bila sampai bab poligami, mereka umpama sehelai kertas yang tak berguna.. Tanpa hak, tanpa ada kata dua, tanpa pembelaan sesiapa... Sejak bila Islam mendoktrinkan hukum sunnah sebegini kejam? Aneh. Kerana doktrin ini, Barat memperlekehkan agama kita dan kita bergelak ketawa seronok.

Nabi bermonogami (kahwin satu) dengan Khadijah selama 25 tahun, berpoligami hanya 10 tahun. Kenapa perlu highlight poligami yang 10 tahun sedangkan monogami nabi yang 25 tahun tu lebih layak dijadikah sunnah? Dangkal! Nabi tak pernah berpoligami dengan anak dara.. Tak pernah berpoligami dengan wanita-wanita cantik... Nabi berpoligami dengan janda-janda kecuali Aisyah yang nabi kahwini atas arahan Tuhan. Tapi apa jadi dengan ostat-ostat yang berpoligami sekarang? Bukan main vogue bini baru ostat???

Oh, aku dah kira ahli neraka ke ni bila tolak sunnah? Ini bukan aku cakap ikut nafsu macam engko cakap poligami tu sunnah... Ini Jumhur Ulama yg bersepakat poilgami itu hukumnya harus. Bukan sunnah... Okaylah, tak tahu Jumhur Ulama tu apa benda, kita tengok lah Bukhari dan Muslim ada merekodkan Rasulullah melarang kesemua puteri baginda untuk dimadukan.. Habis yang ini engko nak cakap macam mana pulak?

Aku naik bosan bila duduk ceramah agama, ostat-ostat bergurau senda pasal poligami ni.. Seronok ye ostat? Beribu perempuan terguris dengan senda gurau ostat yang kata "Poligami ni sunnah, lelaki no problem.. Bila-bila masa!".. Pandai kau ostat... Dekat mana hati nurani ostat-ostat ni terhadap perempuan-perempuan? Berdekah-dekah ketawa menjulang 'sunnah', tanpa hirau ada makhluk tuhan yang sepatutnya dijaga sebaik-baiknya, sedang terguris, terasa dan bersedih.

Islam ni agama syumul.... Agama yang tak terlepas satu zarah pun perihal kehidupan... Takkan lah Islam ni terlepas pandang soal hati dan perasaan perempuan kot? Engko yang nama ostat pulak pergi hiris-hiris hati perempuan.. Ewah ostat..... Perempuan ni ada pilihan untuk redha je ke ostat dalam isu poligami ni? Kesian perempuan kalau ikut ostat ni... Engko terluka macam mana pun, engko cuma ada 2 pilihan. Redha berendam air mata atau engko jadi ahli neraka sebab tolak sunnah... Kah! Kah! Ostat.. Ostat.... Poligami bukan pesta berseronok-seronok untuk lelaki ostat....

Sudah lah ostat-ostat semua... Pergi balik dan berimanlah dengan SUNNAH POLIGAMI engkorang tu semua... Ni kejap lagi ada lah ahli sorga pengikut ostat Ferrari hentam aku ni... Ikutlah.. Aku doakan semoga suami engko memadukan engko, pastu aku nak tengok engko redha takat mana.

*

sekian.. haha..

Terima Kasih

September 14, 2015

for PLAYBOY!!

I have a blank space eh? no no no.. this is for PLAYBOY.. you love the game eh? but sorry, i am the game creator.. HAHAHAHHA..


Taylor Swift - "Blank Space"


[Verse 1]
Nice to meet you
Where you been?
I could show you incredible things
Magic, madness, heaven, sin
Saw you there and I thought oh my god
Look at that face, you look like my next mistake
Love's a game, wanna play
New money, suit and tie
I can read you like a magazine
Ain't it funny rumors fly
And I know you heard about me
So hey, let's be friends
I'm dying to see how this one ends
Grab your passport and my hand
I could make the bad guys good for a weekend
[Pre-Chorus]
So it's gonna be forever
Or it's gonna go down in flames
You can tell me when it's over
If the high was worth the pain
Got a long list of ex-lovers
They'll tell you I'm insane
Cause you know I love the players
And you love the game
[Chorus]
Cause we're young and we're reckless
We'll take this way too far
It'll leave you breathless
Or with a nasty scar
Got a long list of ex-lovers
They'll tell you I'm insane
But I got a blank space baby
And I'll write your name
[Verse 2]
Cherry lips
Crystal skies
I could show you incredible things
Stolen kisses, pretty lies
You're the king baby I'm your queen
Find out what you want
Be that girl for a month
But the worst is yet to come
Oh no
Screaming, crying, perfect storms
I could make all the tables turn
Rose garden filled with thorns
Keep you second guessing like oh my god
Who is she? I get drunk on jealousy
But you'll come back each time you leave
Cause darling I'm a nightmare dressed like a daydream
[Pre-Chorus]
So it's gonna be forever
Or it's gonna go down in flames
You can tell me when it's over
If the high was worth the pain
Got a long list of ex-lovers
They'll tell you I'm insane
Cause you know I love the players
And you love the game
[Chorus]
Cause we're young and we're reckless
We'll take this way too far and leave you breathless
Or with a nasty scar
Got a long list of ex-lovers
They'll tell you I'm insane
But I got a blank space baby
And I'll write your name
[Bridge]
Boys only want love if it's torture
Don't say I didn't say I didn't warn you
Boys only want love if it's torture
Don't say I didn't say I didn't warn you
[Pre-Chorus]
So it's gonna be forever
Or it's gonna go down in flames
You can tell me when it's over
If the high was worth the pain
Got a long list of ex-lovers
They'll tell you I'm insane
Cause you know I love the players
And you love the game
[Chorus]
Cause we're young and we're reckless
We'll take this way too far and leave you breathless
Or with a nasty scar
Got a long list of ex-lovers
They'll tell you I'm insane
But I got a blank space baby
And I'll write your name




Terima Kasih

September 13, 2015

TIDAK AKAN MASUK SYURGA ORANG YANG SOMBONG

ASSALAMUALAIKUM WBT..

zaman sekarang ni memang zaman orang suka cakap pasal orang lain kan? then sombong.. yang cakap ni pun sama lah.. apa kata kita baca salah satu penyaki hati yang semakin bahaya pada zaman akhir ni.. boleh bawak mati woo..

Sumber : Facebook Bicara Hidayah



SOMBONG adalah penyakit hati yang sering menghinggapi kita semua. Benih kesombongan terlalu kerap muncul tanpa kita sedari.
Sombong oleh sebab faktor materi (material)

Di tingkat pertama, sombong disebabkan oleh faktor materi. Kita merasa lebih kaya, lebih rupawan, dan lebih terhormat daripada orang lain.

Sombong oleh sebab faktor kecerdasan (pintar)

Di tingkat kedua, sombong disebabkan oleh faktor kecerdasan. Kita merasa lebih pintar, lebih kompeten, dan lebih berwawasan dibanding orang lain.

Sombong oleh sebab faktor kebaikan

Dan di tingkat ketiga, sombong disebabkan faktor kebaikan. Kita sering menganggap diri kita lebih bermoral, lebih pemurah, dan lebih tulus dibandingkan dengan orang lain.


SEMAKIN TINGGI TINGKAT KESOMBONGAN SEMAKIN ...

Yang menarik, semakin tinggi tingkat kesombongan, semakin sulit pula kita mendeteksinya (mengesannya). Sombong karena materi sangat mudah terlihat, namun sombong karena pengetahuan, apalagi sombong karena kebaikan, sulit terdeteksi kerana seringkali hanya berbentuk benih-benih halus di dalam batin (hati) kita.


DIANTARA EGO & KESEDARAN SEJATI

Kita sebenarnya terdiri atas dua kutub, yaitu ego di satu kutub dan kesedaran sejati di lain kutub. Pada saat terlahir ke dunia, kita dalam keadaan TERLANJANG dan tak punya apa-apa. Akan tetapi, seiring dengan waktu, kita mulai memupuk berbagai keinginan, NAFSU lebih dari sekadar yang kita butuhkan dalam hidup. Justru, indra kita selalu mengatakan bahwa kita memerlukan lebih banyak lagi.


TAWADHU’ MELAWAN KESOMBONGAN

Kita Lahir Dengan Tangan Kosong

Untuk bisa melawan kesombongan dengan segala bentuknya, kita perlu menyedari bahwa pada hakikatnya kita bukanlah makhluk fisik semata, tetapi makhluk spiritual. Kita lahir dengan tangan kosong, dan kita pun akan meninggal dengan tangan kosong.

”Sesungguhnya kami adalah milik Tuhan dan kepada-Nyalah kami kembali.” (Al-Baqarah, 2: 156)


SYURGA BAGI ORANG – ORANG TIDAK SOMBONG


Allah subhanahu wa ta'ala menyebutkan bahwa alam akhirat dan segala kenikmatannya yang tidak pernah berakhir, diperuntukkan bagi hamba-hamba-Nya yang mukmin, yang tidak ingin merasa tinggi diri dan lebih mulia di hadapan makhluk lainnya. Mereka inilah yang telah Allahsubhanahu wa ta'ala tanamkan kemuliaan dan ketawadhu'an di dalam sanubari mereka, dan Allah subhanahu wa ta'ala sediakan untuk mereka syurga Firdaus yang indah dan tidak pernah terbayangkan kenikmatannya. Allah subhanahu wa ta'ala berfirman:

"Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakaan di muka bumi. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa." (Al-Qashash, 28: 83)


TAWADHU’ - DIANGKAT DARJATNYA OLEH ALLAH

Seorang yang tawadhu' bukan bererti hina di hadapan manusia, bahkan dengan akhlak ini seseorang diangkat derajatnya oleh Allah subhanahu wa ta'ala, sehingga setiap kali bertambah ketawadhu'an seorang hamba niscaya bertambah pula derjatnya. Inilah janji Allah subhanahu wa ta'ala yang disampaikan Rasulullah salallahu 'alihi wasallam dalam sabda beliau:

"Dan tidak ada seorang pun dari kalian yang tawadhu' karena Allah, kecuali pasti Allah mengangkat darjatnya." (HR. Muslim)

Dalam hadithh yang shahih Rasulullah salallahu 'alihi wasallam telah berpesan agar kaum muslimin berakhlak tawadhu' dan tidak saling menyombongkan diri, beliau bersabda:

"Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar hendaknya kalian tawadhu', sehingga tidak ada yang saling menyombongkan dirinya dari lainnya dan tidak ada yang mendzalimi satu dengan lainnya." (HR. Muslim)


KESOMBONGAN MENOLAK SYARIAH ALLAH

Sementara itu, dalam skala yang lebih luas, kesombongan dan ketakaburan itu sangat tampak dalam perilaku manusia yang bukan saja tidak mau diatur oleh syariah Allah subhanahu wa ta'ala, tetapi bahkan menolak dan mengingkari syariah itu sendiri.

‘Alla kulli hâl, selayaknya manusia-manusia yang sombong dan takabur takut terhadap ancaman Allah subhanahu wa ta'ala berikut ini (yang artinya):

Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya adalah para penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya. (QS al-A‘raf, 7: 36)


TIDAK AKAN MASUK SYURGA ORANG YANG SOMBONG

Sebagai akhir pembahasan, penulis nukilkan untuk pembaca hadith Rasulullah salallhu 'alihi wasallam yang berbunyi:

"Tidak akan masuk syurga siapa saja yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi dari kesombongan." (HR. Muslim dan lainnya)

Sebagaimana yang kita ketahui dari kisah Iblis bersama dengan Adam, kesombongan dapat mendorong kepada penolakan terhadap perintah Allah subhanahu wa ta'ala. Allah subhanahu wa ta'ala berfirman:

"Berkata Iblis: 'Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal dari) lumpur hitam yang diberi bentuk.'" (Al-Hijr: 33)

"... Aku lebih baik daripada dirinya..." (Shad: 76)

Selain dari hadith-hadith tersebut, al-Qur'an dalam berbagai ayatnya mencela orang yang melakukan kesombongan, dan menjelaskan bahwa kesombongan mencegah banyak orang untuk beriman kepada Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam, sekaligus menjerumuskan diri mereka ke neraka Jahanam:

"Dan mereka mengingkarinya karena kezaliman dan kesombongan (mereka) padahal hati mereka meyakini (kebenarannya)..." (An-Nahl: 14)

"Maka masuklah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal didalamnya. Maka amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu.” (An-Nahl: 29)

"... Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong." (An-Nahl: 23)

"... Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang." (Ghafir: 35)

"Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku..." (Al-A'raf: 146)

Luqman (Dalam Surah Luqman) menasihati anaknya agar berakhlak mulia. Hal ini dikemukakan Allah dalam Al-Qur'an yang artinya:

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai." (Luqman :18-19)

Dari ayat di atas, yang amat ditekankan oleh Luqman terhadap anaknya adalah jangan berlaku sombong, baik dalam sikap dan tingkah laku maupun dalam perkataan. Orang yang sombong adalah orang yang merasa memiliki kelebihan dibanding orang lain lalu merendahkan dan menghina orang itu. Sedangkan sombong kepada Allah subhanahu wa ta'ala adalah tidak mau menerima ketentuan-ketentuan Allah subhanahu wa ta'ala dalam kehidupan ini.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka yang mengolok-olok, dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita (yang diolok-olokkan) lebih baik dari wanita (mengolok-olok)." (Al-Hujurat:11)

Wallahu a'lam

renung2kan..

Wassalam..~


Terima Kasih

Asthma Attack..

Assalamualaikum..

ya Allah ya Tuhanku!! jerebu kat sini(Serian,Sarawak) dah almost aras 200!! aras bahaya! pokok-pokok yang berdiri semua aku tak nampak sangat dah.. macam bayang-bayang.. risau betul aku macamni haih..





and akhirnya paru-paru aku mengalah jua.. asthma aku kembali dengan ganasnya.. aku ambik cuti setengah hari.. macam nak pengsan weyh masa bekerja.. sedut inhaler lebih dari dos biasa.. dan aku pun ke hospital.. kesian aunty.. aku baru pegi kerja arini lepas baik dari demam dua hari, dah kena ambik halfday cuti pulak.. sorry ya aunty..





sampai hospital pun kabur.. aduh.. and aku pegi emergency room.. dan 15minit kemudian bau diberi neb.. rasa nak marah pun ada haih!! tapi okay lah atleast dapat neb.. lega sikit.. alhamdulillah sekali neb je.. teros aku pi bli topeng mulut dan hidung tu.. bahaya wooo.. kena marah M.A aku tadi sebab keluar kerja tak pakai topeng.. padanmuka aku.. sobs sobs..





dan thanks hospital kerana bagi ubat serta topeng oksigen persendirian untuk aku.. ngeh ngeh.. seronok sebab tak payah share dengan orang lain.. memandangkan aku pantang share barang dengan orang kan.. huwaaaa.. sape yang suka share????!!!

dan sekian aku kena berehat.. menggeletar dan penat sebab sisa asthma masih bersama aku.. doakan aku cepat sembuh ye Kuyuzes.. Wassalam~



Terima Kasih

Coretan 'Kosong'

Assalamualaikum Warahmatullah semua Kuyuszes.. haih~

tadi aku outing, tak lah outing sangat.. aku COD baju yang orang tempah pe semua kan.. pastu COD karipap mini inti serunding kat customer.. Lastly aku pegi la makan kat Samarahan.. Nama tempat tu Satria Asam Pedas.. so sedap haih! sup tulang dia memang sedap.. nak lagi rasanya ni.. lapar balik.. hmmm..

tapi air Ice Lemon Tea encik tunang masam sikit dari aku punya.. ahahahaha.. sakit tekak dia sepanjang jalan anta aku balik uma.. hehe.. harga pun berpatutan.. Alhamdulillah kenyang perut senang hati..

On the way balik tadi, bukak Radio apa tah.. Sarawak FM kot.. diorang mainkan lagu Najwa Latif-Kosong.. aisehmennnnn.. Ter-flashback lah pulak kejadian beberapa bulan lepas.. sejibik macam lirik lagu Kosong tu.. hmmmm..


••Kau melihat diriku seperti sesuatu,
yang mencabar dirimu,
akal dan mindamu..
kau mendustaiku,
kau bilang mereka tak tahu,
siapa diriku sedangkan kau juga begitu..


yup.. 'diorang' tengok aku macam aku ni suatu ancaman.. depan aku 'diorang' pura-pura baik,belakang aku 'diorang' kutuk-II.. sungguh pendusta! dun be afraid la sayangs! I am an ordinary woman lah.. ;)


••segala kata cacian yang telah engkau berikan,
membuat ku rasa kosong,kosong oh..
setiap detik diperhatikan,
kau cari cara putar belitkan,
membuat ku rasa kosong,kosong oh..


caci maki dari 'diorang' tu dah jadi makanan dan hadiah untuk aku..hmmm..dan the best part is, setiap masa perilaku aku diperhatikan.. sepertinya aku ni seorang artis yang perlu jaga setiap tingkahlaku supaya tak kena caci maki.. silap sedikit je pilihan aku atau perbuatan aku, dari sekecil kuman jadi sebesar gajah cerita tentang aku.. alahai.. macam-macam versi pulak ceritanya.. ada versi HD, ada versi kartun, ada versi hitam putih dan kadang-kadang ada versi novel.. sungguh lifeless 'diorang' ni kan..


••Kini aku bangkit,
membuktikan yang ku tak sakit,
dengan segala perit yang kau berikan..
kini aku pantas berjalan,
bergerak ke hadapan,
dan akan ku buktikan siapa diriku yang sebenar..


Alhamdulillah.. walaupun aku terpaksa mengorbankan minat aku sekaligus impian aku, aku bersyukur sebab aku boleh move on dengan pantas dan tak stay di takuk lama.. yang caci aku biarkan terus mencaci, yang menghina aku biarkan terus menghina, yang membenci aku biarkan terus membenci, prinsip aku sekarang cuma nak bergerak ke hadapan.. dan aku akan usahakan semaksima mungkin untuk membuktikan yang aku tak macam 'diorang' fikir dan aku boleh hidup tanpa diorang.. well, 'they' re not Allah that I need to follow 'their' orders and rules! kan??

dan actually sampai sekarang aku tengah fikir dan terus berfikir, apa salah dan silap aku sampai diperlakukan sedemikian.. apa yang membuatkan mereka benci aku.. dan aku masih tertanya tanya siapakah gerangan yang menjaja cerita tentang aku.. hahahaiiiii.. tapi aku dah taknak tahu siapa yang buat semua ni.. biarlah.. semoga Allah SWT memberikan petunjuk kepada kita semua.. Amiiin..

furthermore, ada hikmahnya juga aku korbankan minat dan impian aku.. ya, banyak hikmahnya.. and, mungkin ini salah satu cara Allah tunjukkan kasih sayangNya pada aku.. walupun pahit, tapi inilah yang dinamakan pengalaman yang akan semakin mendewasakan kita.. InshaaAllah Amiiin Allahumma Amiiin..

thanks kerana membaca coretan 'Kosong' ini.. yang boleh dijadikan teladan dan sempadan.. semoga kita semua di bawah lindunganNya.. pesanan saya jika diuji, stay strong.. Allah SWT sentiasa bersama hamba-II Nya yang bersabar.. Salam sayang semua..



Terima Kasih

September 11, 2015

Yaumul Jumu'ah : Pembersihan hati

Assalamualaikum Warahmatullah..

harini hari Jumaat.. KuYu terfikir untuk buat satu segmen khas untuk hari Jumaat.. hari Jumaat kan penghulu segala hari jadi eloklah kita muhasabah diri sebentar dan check balik iman kita.. adakah makin menaik atau makin menurun..

jadi,KuYus ingat nak buat segmen 'Yaumul Jumu'ah' pada setiap hari Jumaat.. KuYus akan sertakan hadis atau sunnah nabi atau petikan ayat quran yang inshaaAllah boleh membuatkan kita berfikir sejenak, adakah kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan malaikat pencabut nyawa sekaligus berhadapan dengan malaikat yang bertanyakan kita 5 soalan bocor di alam barzakh kelak..

semoga segmen yang KuYus datangkan ini memberi manfaat kepada semua.. inshaaAllah amiin Allahumma Amiin..

Untuk hari ini KuYus sertakan hadis sahih inshaaAllah sumber dari BAHAGIAN DAKWAH,JAKIM..semoga kita dapat sama-II beramal dengan hadis ini.. Wallahua'alammuBissawab..


"Mulut jahat tapi hati baik"
- Tidak benar. Hati yang baik hanya mengalirkan kata-kata mulia dan diredhai Allah..

"Barangsiapa beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam." [Sahih Bukhari (8/11) No. 6019]






Wassalam..

Terima Kasih

September 9, 2015

Baker Lonyoi…


Assalamualaikum Warahmatullah..

Kesian gua.. masa tengah stress-II tu gua dapat berita yang gua dapat kerja kat sebuah bakery..waaaaaa.. impian gua selama ini weyh!! Hahaha.. macam la kerja best sangat kan.. ingatkan akauntan ke, setiausaha ke, bos besau ke.. hyep!! Well.. baking is my life brah.. gua sanggup berkerja sebagai baker sebab gua sangat suka.. tapi kerja dengan bos Chinese sangat-II memerlukan kesabaran yang tinggi kerana disiplin mereka yang sangat mantap!! First day rasa nak nangis beb.. penat sehhh..

Now dah day ke berapa entah.. makin ok.. Cuma semalam gua rasa almost 1000 kilo of tepung gandum yang digunakan untuk buat tempahan arini.. bahu gua tak payah cakap la.. macam nak tercabut.. mak aiiii.. -00- tapi macam gua cakap tadi.. gua puas hati dapat pegang tepung,pegang tray, pegang mixer pegang macam-II.. awwwwww..**menari gediks**

Gua now sangat busy.. tak sempat nak stalk haters, tak sempat nak membenci,tak sempat nak ingat benda-II yang gua tak nak ingat.. well, SEMUA.. Alhamdulillah. Ada hikmah yang tersembunyi.. hehe.. well, nanti semak balik tips gua untuk mengatasi Haters.. korang akan tahu kenapa gua stalk haters.. hahaha.. =*

dan di bawah ni hasil tangan gua.. takde la hebat sangat.. baru mula-II kerja kan.. =P

Bun Serunding Ayam/Chicken Floss Bun by cik Kuyus

Pizza si Kuyus


Gua rasa gua kena chau sekarang.. mata gua dah layu.. oh haters, well, hating me won’t make you beautiful like me.. ouchhh.. =,= hahaha.. bye sayanggsss semuaaa… wassalam~


Terima Kasih

Tips Mengatasi Hater/s


Assalamualaikum Warahmatullah semua..
                                          
Hidup kat dunia ni, kita tak pernah dapat nak puaskan hati semua orang kan? Si A nak kita buat dia senang hati, si B pun sama, si C nak lebih lagi.. jadiknya, kita sendiri tak tahu nak senangkan hati siapa.. akhirnya,dalam kita usaha nak puaskan hati orang lain, hati kita sendiri terluka.. dan dek kerana sifat kita sebagai manusia biasa, kita tidak dapat menjadi sempurna dan pasti ada hati yang tidak dapat dijaga selain hati kita sendiri.. oleh kerana itu jugalah wujudnya haters di sekeliling kita..

Alahai, hanya kerana kita sama-II manusia biasa seperti mereka kita dibenci.. stress pulak rasanya kan? Penat ah gini.. dahlah membenci, lepastu  nak cakap kita bukan-II pulak.. adioshhh.. makin stress macamni weyh!! Macam gua sendiri pun ada haters.. Gua tau kenapa dia benci gua.. well sebab yang  gua mention tadi la.. mana ada sebab lain kan..dan dia anggap gua amek boypren dia.. gilo.. hahaha.. haih, gua bukan malaikat kot.. expect apa kan? =…..=

So, gua ada cara yang tersendiri nak handle perasaan gua dan handle hater/s ni.. actually biasa je cara gua ni.. gua ikut sense gua je.. cara-cara tersebut ialah :


1.       Gua pastikan gua lebih bahagia dan lebih gumbira dari haters gua..HAHAHAHAHA..ini jahat
2.       Gua stalk haters gua, tapi bukan sebab gua nak tahu pasal whole life dia.. or insecure dengan dia, or nak tau dia kapel dengan sape ke.. NO!!  tapi gua cuma nak pastikan gua lebih berjaya dari dia.. wakakakaka.. childish sedikit tapi, untuk kepuasan sendiri.. gua berani jamin haters gua tiap hari stalk gua.. -00- tak payah dolak dalih ya hater/s ku sayang..oh by the way, gua stalk hater/s gua sebulan sekali kalau gua rasa nak stalk. Kalau tak memang tak ada lah.. tak hingen.. -___-
3.       Gua anggap gua lebih baik dari dia.. kalau gua tak baik dari dia, kenapa dia jadi hater/s gua kan? dia jealous la tuuu gua lagi baik padahal gua ni syaiton jugekkk.. haih.. Fikir-fikirkanlah..
4.       Gua mintak kat ALLAH SWT supaya gua lupa hater/s gua, supaya gua boleh hidup dengan tenang
5.       Gua busy-kan diri ler.. kalau gua tak busy, gua teringat kat hater/s.. itu suatu yang tidak baik untuk kesihatan.. satu lagi gua nak cakap, hater/s ni haiwan perosak tau.. perosak hati kita.. so, hati-II sayang-II ku sekalian..


Tu je yang gua buat pun.. Berjaya alhamdulillah.. tak susah handle semua ni.. hati mau sado brah..


Itu sahaja.. gua anggap hater/s gua tak sebahagia gua.. well hater/s, kalau kau baca entry ini, gua sentiasa bahagia tanpa kamu di sisi.. haha.. wassalam~


Terima Kasih

Sedang Bekerja......suddenly......

Assalamualaikum Warahmatullah semuanya..

gua penat..

gua main fon kejap masa bekerja..

gua blogging..

kaki gua rasa nak patah..

tapi gua happy..

kat mana gua kerja?

nanti la gua bagitau..

ni dah dua kali blogging, belum publish publish lagi entry ni..

kesian busy..

be right back brah..




Wassalam..

Terima Kasih

September 4, 2015

GUA MASIH STRESSSSSSSSSSSSSS!!!(part II)



Image result for muka stress doodle
credit to : shafaaliaa.blogspot.com

Assalamualaikum WBT..

ok.. banyak pulak entry stress gua arini kan? rasa nak makan nasik lauk orang pun ada jugak ni.. heh!
sekali lagi pasal photoshop!

sebelum ini : PART I

haih.. ceritanya begini.. dah elok gua jumpa button "shape-tool" yang gua kecoh-kecoh cari di entry STRESS PART I tadi, jadinya gua gumbira tak terkata!! gua edit dokumen rahsia gua tadi dengan tekun teliti tepat tangkas dan semua 'T' lahh.. but suddenly.............

mama tutup suis laptop gua.. which is laptop gua connect directly dari charger ke laptop.. dan ini bermakna laptop gua tak bergantung dengan bateri.. dan ini sangat bermakna yang laptop gua akan terpadam secara automatiknya!

chettt.. dan gua terkelu selama-lamanya melihat laptop gua mati depan mata gua : dengan kerja gua belum save dari awal gua buat sampai saat laptop gua mati.. dan gua tak tahu nak cakap apa.. gua cuma mampu pandang mama, pandang laptop, pandang mama balik, dan switch on balek laptop gua..

gua sedang mencari kekuatan untuk mula dari awal buat kerja gua yang dah lesap ke planet Matoki.. atau mungkin planet Pluto.. atau mungkin sudah hancur di planet Utarid akibat kepanasan matahari yang melampau..**imaginasi tinggi saat frust sedih terkedu ni**



credit to : GOOGLE

gua masih terkedu.............hingga saat ini....mungkin balasan untuk gua kerana terlampau gubira tadi.. heh.. semoga tiada lagi entry stress gua malam ini..

k.. cau.. nak gantung diri..XD

Wassalam.


Terima Kasih

GUA STRESSSSSSSSSSSSSS!!!


ASSALAMUALAIKUM WBT

GUA DARI TADI KOT DEPAN LAPTOP.. TAPI SATU HARAM PON TAK JALAN..
DISEBABKAN KESUSAHAN MENG'DOWNLOAD' ADOBE PHOTOSHOP CS4.. GERAMMMMMM!! ITS LIKE, AKU DAH BERJAYA DOWNLOAD YANG CS3.. TAPI NOKHAROM NYA TERSERLAH BILA TIADA "SHAPE TOOL" DALAM PHOTOSHOP CS3.. DALAM TUTORIAL HEADER BLOGGER LAIN ADA PULAK "SHAPE TOOL" TU.. KEMAIN BENGONG AKU PUNYA MATA NI MENCARI.. RUPANYA TAK ADA!!!!!
MARAH TU PERANGAI SYAITAN SO JANGAN MARAH YE KUYUS..

P/S:LUPA NAK BUANG CAPSLOCK.. SO PUBLISH JE DENGAN TULISAN BESAR NI..

SEKIAN..



Terima Kasih

September 1, 2015

Pencarian Bloglist September 2015 di Blog Lyssasecret.Com


salam

gua terasa nak join sesuatu la pulak..

jalan punya jalan, gua ternampak pencarian bloglist by Lyssa.. pandang je syarat-syarat beliau yang mudah, gua pun terus join.. (klik banner untuk join ya)

antara syarat-syarat beliau ialah :


**buat satu entry yang bertajuk : Pencarian Bloglist September 2015 di Blog Lyssasecret.Com**
**letak banner ni dan back link kan ke entry beliau**
**dalam entry tu paste-kan 3 entry terbaik yang menarik perhatian korang. korang boleh laa godek-godek entry Lyssa yang lepas . tak kisah lah , entry mengenai tips ke , tutorial ke , pasal Lyssa pegi mana-mana ke . paste je . Bawah ni yang gua suka dari banyak-banyak entry beliau.**

http://www.lyssasecret.com/2012/06/90-fakta-tentang-lelaki-yang-perempuan.html?m=0#.VeSDzyWqqkp )
http://www.lyssasecret.com/2012/02/10-tanda-orang-yang-berbohongsuka.html?m=0#.VeSD4CWqqkp )
http://www.lyssasecret.com/2015/08/tips-cara-setting-emergency-call-untuk.html?m=0 )

**Lepas dah settle JANGAN LUPA paste link entry korang ni di ruangan komen di entry pencarian bloglist beliau.**
**senang kan? btw, 1 September 2015 on 23:59 tamat lah pencarian beliau.. so get hurry alls..**




THATS ALL..

wassalam..

~ Cik KuYus ~


Terima Kasih

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign