Pages

May 27, 2014

Bahaya Penyakit Tonsil..

Assalamualaikum semua.. sekarang ni Ira duk depan tv,tengok rancangan kegemaran ira n mama.. Wanita Hari Ini.. haaa.. diorang dok discuss pasal penyakit tonsil.. dahtu doktor tu cakap-cakap pasal tonsil kalau tak dirawat boleh bawak maut.. wahhhhh.. nervous aku dibuatnya.m tros google pasal ni...haaa,hasilnya jumpa blog doktor Azwan..jom ikuti apa yang beliau terangkan..♥


(Acute Tonsillitis dan Perawatannya

Assalamualaikum.

Saya ingin berkongsi dengan tuan dan puan para pembaca tentang satu penyakit yang sering berlaku kepada kita terutama kepada anak-anak yang dipanggil tonsillitis. Sebelum kita bercerita jauh mari kita tinjau dahulu apakah itu sejenis organ yang dipanggil tonsil.

Apakah itu Tonsil?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.


Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?





Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Gambar menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh keputihan seperti nanah pada tonsil.

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Perawatan Radang Tonsil.





Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti.

Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.

Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang saya juga memberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Saya amat jarang memberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana saya mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.

Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.

Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.

Salam...)

*sumber blog dr.Azwan*

Terima Kasih

May 15, 2014

AKU TAK SEMPURNA !

a good relation does not depend on how good understanding we have..but it depends on how better we avoid misunderstanding..

yes we are not perfect thats why we need to talk to each other..becoming the middle people and trying to make the situation back to normal is not easy because u need to take care of both people feeling..

yet, im not a girl who is perfect or like an angel but its really hurt myself when i need to control myself in the way im talking in order to take care of both feeling.If u doesnt accept what am i doing please ignore that misunderstanding and smile :) cause it will make someone feel uncomfortable

i know this post may make some sense to some people but it is for everyone too..

im not a girl who post or confess things in social network but just want to share an experience where we should avoid misunderstanding.
sorry for the post

★peace!★



Terima Kasih

May 12, 2014

Wordless #4 : From Mahatma Gandhi !




♡◆♡

Terima Kasih

May 9, 2014

WARNING!!

Well,this sebagai peringatan bersama.. benda ni rekaan atau benda betul,kita memang kena take note and takleh nak amik mudah.. diharap bawak pengajaran kat kita mostly Perempuan..

♥Attention!

Perhatian untuk wanita2 (especially) yang selalu berhenti dan pergi ke toilet di mana2 petrol station. Kejadian ini BETUL2 terjadi pada seorang perempuan.

Seorang perempuan & her boyfriend (also a future husband since they're about to get married soon) berhenti di satu petrol station sebab this girl nk pergi toilet. Kalau kita perasan kat petrol station cthnya Petronas, ada toilet yg kt dlm kedai Mesra tu sendiri, ada yg luar sikit sebelah dgn kedai Mesra dan ada jugak toilet yang bahagian belakanggg, jauh sikit dr kedai Mesra tu. Yup, she went to that toilet, yg kat belakang tu, ALONE AT NIGHT, while the boyfriend was waiting in the car. Selepas 30 minit menunggu, this girl tak muncul, dia terus pergi ke toilet belakang tu untuk cari. Dia jumpa girlfriend dia pengsan dan dalam keadaan yang agak aib (suspected dirogol).

Sadly, it is true. Somebody grabbed her when she was entering the toilet, tutup mulut dia, kunci toilet and violently, she was being raped. Couldn't really tell who, but through what she could see, the person is black (and she suspected a negro). Kesian sangat2 kat mangsa ni sebab dia akan berkahwin tak lama lagi dan dia berada dalam keadaan yang sangat trauma dan tertekan sekarang.Of course, who will expect thid thing happen right? Nauzubillah kalau itu terjadi kt kita/keluarga kita.

So, tolonglahh jgn pergi toilet sorang2 especially yg jauh kt hujung dunia nun regardless mlm or siang. Please be extra careful, get somebody (kawan, adik, tunang, suami, anak, anyone) untuk teman walaupun rasa tak macho sebab kena tunggu depan toilet, but safety first!! It could happen to anyone, bertudung ke free hair ke, anyone could be vulnerable (this girl is wearing hijab, so lets not assume that rape is inclined to happen to those wearing revealing clothes ONLY).

Just be extra cautious, peeps. copy paste#♥

Terima Kasih

May 5, 2014

NUMBER ONE in MY HEART!

Mak marah, kita melawan. Siap bebel lagi. Tapi BILA KEKASIH MARAH, KITA DIAM. TANDA KITA BERSALAH. SIAPA KITA KENAL DULU? SIAPA YANG BERSENGKANG MATA MENJAGA KITA SEMASA KECIL DULU? TANGAN SIAPA YANG MENYUAPKAN MAKANAN KE DALAM MULUT KITA? Di mana kita letak harga PERMATA seorang ibu dalam jiwa kita sebagai anak?

Ingatlah, kekasih belum tentu jodoh kita. Yang tentu adalah Ibu Bapa kita. Ketika kita sakit, mereka yang risau. Ketika kita jauh, mereka yang rindu. Ketika kita lapar, mereka yang menyuap. Ketika kita memerlukan, mereka yang memberi. Hargailah mereka sebelum mereka pergi selama-lamanya

*Sape yang terlalu ikut cakap boyfriend/girlfriend dia masa couple sila take note ye.. memang ada baiknya kalau ditegur atau dilarang atau dikawal ketat oleh boyfriend/girlfriend,tapi jangan sampai boyfriend/girlfriend di carta teratas..boyfriend/girlfriend korang tak lahirkan korang pon! boyfriend/girlfriend takkan dapat jadi sebaik mak bapak kita! aku berani cakap sebab aku tak buat macamni and selalu jugak melawan boyfriend aku.. nasiblah.. dah jadi husband baru sang lelaki yang bernama HUSBAND ada kuasa penuh.. for now,SORRY! ^O^ *

*SAYANG MAMA AND ABAH SANGAT-SANGAT!*

*paham bisa.. terasa boley blah!*

Terima Kasih

May 3, 2014

KAU BAIK KE?!


Terima Kasih

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign