Pages

April 29, 2014

Dia Suamiku.....

Usahlah risau tentang siapakah jodohmu atau siapakah bakal zaujah/zaujimu, kerana Allah sudahpun menetapkan jodohmu, tarikh matimu, rezekimu sejak kamu dalam kandungan ibu lagi. Dan tak perlu risau, perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Dan Allah maha mengetahui tentang apa yang kamu tidak tahu. Yang perlu kamu risau adalah hubungan kamu dengan Allah. Sedalam manakah cintamu terhadap Allah? Adakah kamu ikhlas beribadah kerana-Nya? Adakah kamu menghindar segala larangan-Nya? Renung-renungkanlah. . .

Terima Kasih

April 26, 2014

berbicara soal MIGRAIN •﹏•

AssalamualaikumWarahmatullah..

hai korang.. harini aku rasa cam tak larat sangat-sangat. penat gila,menjahit baju customers.. *thanks ya Allah atas rezeki yang Kau kurniakan buatku.. akan ku jalankan amanah yang diberikan oleh customers sebaik mungkin*..

Tapi malangnya,akibat kepenatan yang teramat,aku diserang sakit bahu,sakit belakang and yang terbaru migrain sebelah kanan... uhuk uhuk uhuk.. sakittttt!!

kena pulak period-pain,memang pakej 4 dalam 1..hehehe..tapi takpe.. fikir belah positif. ALLAH nak ampunkan dosa kecik aku yang melambak ni.. alhamdulillah.. :')

Japgi nak makan ubat and rehat lah.. dah tak larat nak buat apa-apa.. esok sambung.. lusa dah kena ready untuk special occasion aku and incik Monster.. 29-30 April 2014..

okaylah.. doakan aku cepat sembuh tau.. XOXO..

wassalam.

Terima Kasih

TODAY WAS A FAIRYTALE♥

AssalamualaikumWarahmatullah..

Hari ni tercatat lagi dalam sejarah,incik Monster lepak kat kedai mama..hehehe.. rindunya kat incik Monster!! thanks for coming darl.. really appreciate it and really love it dear! hehehe.. alhamdulillah.. ♥ nanti jumpa lagi.. feels like dalam fairy-tale harini.. bergurau,merajuk,makan sesama,minum sesama..


♡Today Was A Fairytale by Taylor Swift.♡

Today was a fairytale
You were the prince
I used to be a damsel in distress
You took me by the hand and you picked me up at six
Today was a fairytale

Today was a fairytale

Today was a fairytale
I wore a dress
You wore a dark grey t-shirt
You told me I was pretty when I looked like a mess
Today was a fairytale
Time slows down whenever you're around

But can you feel this magic in the air?
It must have been the way you kissed me
Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
Today was a fairytale
It must have been the way
Today was a fairytale

Today was a fairytale
You've got a smile that takes me to another planet
Every move you make everything you say is right
Today was a fairytale
Today was a fairytale
All that I can say is it's getting so much clearer
Nothing made sense until the time I saw your face
Today was a fairytale

Time slows down whenever you're around
Yeah yeah

But can you feel this magic in the air?
It must have been the way you kissed me
Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
Today was a fairytale
It must have been the way
Today was a fairytale

Time slows down whenever you're around
I can feel my heart
It's beating in my chest
Did you feel it?
I can't put this down

But can you feel this magic in the air?
It must have been the way you kissed me
Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
But can you feel this magic in the air?
It must have been the way you kissed me
Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
Today was a fairytale
It must have been the way
Today was a fairytale





saje je tempek gambar sendiri.. gambar masa kat Brunei last year..hehe

Terima Kasih

April 23, 2014

POSITIF vs NEGATIF ﹋o﹋

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,Tapi satu batang mancis juga membakar jutaan pokok.Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis trus terbakar. Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil.

Ketika burung hidup, ia makan ulat, Ketika burung mati, ulat makan burung.Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerena siapa mereka, tetapi kerena siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.

Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia. Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong. Jadilah teman perjalanan hidup yang tanpa banyak soal dan syarat.

Believe in "Cause and Effect" Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai."

Ayat-ayat di atas ini sedikit-sebanyak buat kita bertanya di mana diri kita hari ini berada. Andai hari esok kiamat, kalau ada benih ditangan, tanam. Itu pesan Rasulullah. Manusia tak pernah terlambat. Ayuhlah wahai kawan-kawan,Sama-samalah kita membentuk diri ke arah yang lebih positif dan disayangi Allah SWT.




Terima Kasih

April 21, 2014

Saat Guruh,Petir dan Kilat Menjelma..

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH..

Subhanallah.. Allahuakbar.. sebentar tadi kawasan kampung Ira dan kawasan yang berdekatan dikirimkan hujan lebat yang sungguh mengasyikkan dan menenangkan fikiran.. mana tidaknya,siang tadi panasnya agak terik jugak.. alhamdulillah,Allah naha adil.. setelah diberinya panas untuk mengeringkan pakaian,diturunkan hujan untuk menyeimbangkan suhu badan hambaNya.. :)

Namun,setelah hujan lebat tadi agak reda,guruh pula menunjukkan diri,bunyi dan cahanya silih berganti di ruang udara.. Allahuakbar.. selesai solat Maghrib,cepat2 istighfar akibat terkejut yang teramat.. sungguh jarang guruh sekuat dan sekerap malam ini terjadi di kawasan kami.. lantas dengan segera menggunakan khidmat puan Google untuk mencari maklumat tentang guruh dalam Islam.. harapnya naklumat yang diperolehi tepat..inshaaAllah..


Ar Ra’du (petir) adalah suara yang terhasil dan dapat didengar dari awan. Manakala As Showa’iq (kilat) adalah api (cahaya) yang muncul dari langit bersamaan dengan bunyi petir yang kuat.



Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam ditanya tentang petir, lalu Baginda Shallallahu’ Alaihi Wa Sallam menjawab;

مَلَكٌ مِنْ الْمَلَائِكَةِ مُوَكَّلٌ بِالسَّحَابِ مَعَهُ مخاريق مِنْ نَارٍ يَسُوقُ بِهَا السَّحَابَ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ

“Petir adalah malaikat yang diberi tugas mengurus awan dan bersamanya pengoyak dari api yang memindahkan awan sesuai dengan kehendak Allah.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi r.a.)



Ali radhiyallahu ‘anhu mengatakan, “Petir adalah malaikat, dan suaranya itu adalah pengoyak di tangannya.” Dan dalam riwayat lain dari Ali juga, “Suaranya itu adalah pengoyak dari besi di tangannya.”

“Malaikat adalah yang menggerakkan (menggetarkan) awan, lalu memindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Dan setiap gerakan di alam ini baik yang di atas (langit) mahupun di bawah (bumi) adalah dari malaikat. Suara manusia dihasilkan dari gerakan bibir, lidah, gigi, dan tekak. Dari situ, manusia boleh bertasbih kepada Allah SWT, boleh mengajak kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran. Oleh kerana itu, guruh adalah suara yang membentak awan. Dan kilat adalah kilauan air atau kilauan cahaya.” (Lihat Majmu ‘Fatawa Ibnu Taimiyyah, 24/263-264)


Firman Allah SWT dalam Surah Ar Ra’ad;12-13 yang bermaksud :

“Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, disertai gelap-gelita, guruh dan kilat; mereka menyumbatkan jari ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.”


Ketika menafsirkan surah al-Baqarah ayat 19, As Suyuthi mengatakan bahawa petir (Ar Ra’du) adalah malaikat yang ditugaskan mengatur awan. Ada juga yang berpendapat bahawa petir adalah suara malaikat. Manakala kilat (barq) adalah kilatan cahaya dari cemeti malaikat tersebut untuk mengiringi mendung. (Tafsir Jalalain dengan Hasyiyah ash Showi 1/31, ed).

Doa Ketika Mendengar Petir *Dibaca doa-doa berikut 3 kali* :









Dari ‘Ikrimah mengatakan bahwasanya Ibnu’ Abbas radhiyallahu ‘anhuma tatkala mendengar suara petir, beliau mengucapkan,

سُبْحَانَ الَّذِي سَبَّحَتْ لَهُ

‘Subhanalladzi sabbahat lahu’ (Maha suci Allah yang petir bertasbih kepada-Nya). Lalu beliau mengatakan, “Sesungguhnya petir adalah malaikat yang meneriaki (membentak) untuk mengatur hujan sebagaimana pengembala ternakan membentak haiwannya.” (Lihat Adabul Mufrod no. 722, dihasankan oleh Syaikh Al Albani).

Apabila Abdullah bin Az Zubair mendengar petir, dia menghentikan perbincangan, kemudian mengucapkan;

سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ

‘Subhanalladzi yusabbihur Ro’du bihamdihi wal malaikatu min khiifatih’

(Maha suci Allah yang petir dan para malaikat bertasbih dengan memuji-Nya kerana rasa takut kepada-Nya).

Kemudian beliau mengatakan;

إِنَّ هَذَا لَوَعِيْدٌ شَدِيْدٌ لِأَهْلِ الأَرْضِ

“Inilah ancaman yang sangat keras untuk penduduk suatu negeri.” (Lihat Adabul Mufrod no. 723, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani)


Dapat dilihat ketakutan ini dalam sirah sahabat dimana mereka akan melarikan diri ke dalam masjid atau melaungkan azan semasa rebut petir.



Firman Allah SWT :

هُوَ الَّذِي يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنشِئُ السَّحَابَ الثِّقَالَ ﴿١٢﴾ وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَن يَشَاءُ وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللَّـهِ وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ ﴿١٣﴾

“Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat. Dan bertasbihlah PETIR dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNYa, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.” (Surah Ar Ra’ad :12-13)



Daripada ayat Al Quran ini, kita dapati sifat ‘Petir’ (guruh) dan ‘Halilintar’ (kilat) yang bertasbih dan memuji-Nya walaupun hayat bagi kilat adalah tidak lama. Petir ini adalah sebenarnya bertujuan untuk memanah syaitan. (sila rujuk Tafsir Al Azhar, Prof. Hamka Juzu’ 13)


Pada zaman sebelum Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, syaitan-syaitan dapat naik ke arasy untuk mendengar perbualan para malaikat untuk mencuri berita setelah mendapat arahan daripada tukang tilik yang mahu menilik nasib manusia. Syaitan-syaitan yang cuba naik ke arasy akan dipanah petir dan akan mati. Bukan manusia sahaja yang mempunyai hayat tetapi syaitan juga sebegitu. Syaitan yang tidak mati apabila dipanah petir hanyalah `Azazil.

subhanAllah.. lepas baca semua yang kat atas tu,terasa sungguh berdosa diri ini.. sedangkan kilat yang mampu membunuh syaitan itu takutkan ALLAH SWT,kenapa kita hambaNya yang hanya mampu berharap meminta kepada ALLAH tidak takut kepadaNya..Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim.. mungkin munculnya guruh tadi untuk memberi peringatan kepada kami semua di sini supaya takutkan ALLAH dan kekuasaanNya.. supaya tidak menjadi hambaNya yang lupa diri serta menjauhkan diri darissifat-sifat mazmumah..

Ya ALLAH ya tuhan kami,ampunkanlah dosa-dosa kami.. dosa-dosa kedua ibu bapa kami.. dosa guru-guru kami.. dosa sahabat-sahabat kami.. serta dosa muslimin muslimat di muka bumi ini ya Allah,samada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.. hanya kepadaMu kami memohon keampunan.. amin amin yarabbal alamin..
≧﹏≦

Terima Kasih

LOVE will find a way..

lagu ni aku specially dedicated to incik Monster.... ♥

"Love Will Find A Way"

No one ever said that
Love was gonna be easy
Gotta take the ups and downs
The in-betweens
If you take this journey
Gotta give yourself completely
Never let nobody ever step on our dreams

You better stop
Listen to these words that I say
You better stop
Don't you throw this good thing away
No, no
Put your trust in me
And I'll make you see

[Chorus:]
No the rain won't last forever
Find a way to make it better
Long as we can stand together
Love will find a way
Gonna make a new tomorrow
Say goodbye to tears and sorrow
Better listen when I say
'Love will find a way'

Somebody tried to tell me love
Don't last forever
Said it only happens in your wildest dreams
After all is said and done
We're still here together
Never listen to the lies and jealousy

You better stop
Don't you let them turn you around
You better stop
Hang onto this love that we've found
Nothing they can say
Can stand in our way

[Repeat Chorus]

I want you
I need you
You know that I believe you
We got it
You know it
So if it's real
Just show it

I want you
I need you
You know that I believe you
We got it
You know it
So if it's real
Just show it

You better stop
Listen to these words that I say
You better stop
Don't you throw this good thing away
No...
Put your trust in me
And I'll make you see

[Repeat Chorus x2]

I want you
I need you
You know that I believe you
We got it
You know it
So if it's real
Just show it...



Terima Kasih

April 15, 2014

Cara Menambah Income Selama 7-10minit!

AssalamualaikumWarahmatullah..





haaaa.. nampak title entry yang cantik menarik tertarik kau memang dabomb tu? hehehe.. satu penemuan yang aku dapat dari Moment WECHAT sahabat aku tadi.. mungkin bagi orang yang dah tau ni dah amalkan lama dulu.. tapi yang belom tau tu,cer terjah dulu rahsia yang aku nak gitau ni!!rugi gila kalau tak CHECK!! kang menyesal tak sudah.. orang lain dah bertambah-tambah income,korang korang je yang duk stay income dari dulu sampai sekarang..

scroll down...........SEKARANG !!


*Amboi kemain laju scroll down tu ye.. hahahahaha.. duit punya pasal la ni!! okay2 scroll down lagi..hehehe*


S O L A T !!


yess!! SOLAT!!


eh? asal plak SOLAT boleh menambah income kita?haaaa..


scroll down lagi..


Subuh : Increases beauty. 
Zuhur : Increases income. 
Asar : Improves health. 
Maghrib : Releases tensions. 
Isya' : Gives a peaceful sleep."


haaaa.. bukan takat tambah pendapatan which is MURAH REZEKI,tapi siap boleh tingkatkan kecantikan diri,tingkatkan kesihatan,boleh release tension and bagi ketenangan masa tidur!!

MashaaAllah.. ade ke duniawi boleh bagi pakej 5 kali sehari ye? paling syok pun pakej kat dunia ni sebulan sekali.. itu pon SUSAH yang amat!! so,takpayah fikir-fikir la.. dah terang lagi bersuluh nikmat solat,kebaikan solat 5waktu ni.. kenapa kita nak lengah-lengahkan.. kenapa kita nak tinggal-tinggalkan? kita duk sibuk cari cara tambah pendapatan,sibuk fikir susahnya hidup pendapatan asyik tak cukup.. kenapa cara yang WAJIB dan mudah ni taknak didahulukan? Astaghfirullahalazim..


Renung-renungkanlah ye.. sekian


WASSALAM..

Terima Kasih

untukmu HATERS!

Honestly I don't have much time to hates people who hates ME..

Because..

I'm too busy LOVING people who LOVES me..

♡ Good morning bloggers! have a nice day tho.. ♡



Terima Kasih

April 14, 2014

Berbicara Tentang RAHIM Wanita

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA
SEBAIKNYA......

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita. Tiada
siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita. Tiada siapa
memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali
wanita. Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu
sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah
pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu mudah? Terlalu minimal?
Terlalu sedikit? Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita
berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak
perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid." Sungguh tinggi darjat wanita.
Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang
disediakan untuknya? Mengapa ada suami yang dengan senang-
lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh
tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan
kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka
dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka
di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut
mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi
menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam,
mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban
tahun. Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda.Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara mudah. Bukan sesuatu yang mudah melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiada pun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim...










♡ gambar pertama persediaan menjadi ibu..hehehe..^O^♡
♡ gambar kedua,aku and mama..i love you mama.. ♡

Terima Kasih

April 12, 2014

Wordless #3




◆JUDGE less ACCEPT more◆

Terima Kasih

Wordless #2


Terima Kasih

April 10, 2014

Selamat Ulangtahun..

Selamat Hari Jadi..
Selamat Hari Jadi..
Selamat Hari Jadi abah..
Selamat Hari Jadi..

10 April 1969.. abah tersayang dilahirkan.
menjadi seorang yang penyayang,pelindung,penghibur dan segala yang diperlukan kami dipenuhkan semampu beliau.. menjaga kami seikhlas mungkin..thanks abah..

Selamat Hari Jadi..semoga panjang umur murah rezeki dan bahagia selalu.. ira always sayang abah.. however you are,whatever happen,abah xde ganti.. satu dalam seluruh dunia ni.. terbaik dunia akhirat.. inshaaAllah.. ^O^



Terima Kasih

April 8, 2014

Habbatus Sauda

Penyusun: Ummu Hajar
edit bahasa : Ira





tahukah semua bahawa penyakit itu ada dua jenis,iaitu penyakit hati dan penyakit jasmani? Kedua penyakit itu disebutkan dalam Al-Qur’an. Klasifikasi jenis penyakit ini mengandungi hikmah ilahi dan kemukjizatan yang hanya boleh dicapai oleh kalangan pakar perubatan di pertengahan abad ke-18. Sesungguhnya iman kepada Allah dan para Rasul, iaitu aqidah yang tertanam dalam hati, merupakan solusi pengubatan yang terpenting bagi hati, yakni bagi penyakit jiwa. Sedangkan untuk penyakit jasmani, kita boleh melihat cara perubatan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.


Istilah Thibbun Nabawi dimunculkan oleh para doktor muslim sekitar abad ke-13 M untuk menunjukkan ilmu-ilmu kedoktoran yang berada dalam bingkai keimanan pada Allah, sehingga terjaga dari kesyirikan, takhayul dan khurafat.

♥Habbatus Sauda’ atau Jintan Hitam atau Syuwainiz♥

Imam Bukhari meriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. bahawa dia pernah mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya: “Sungguh dalam habbatus sauda’ itu terdapat penyembuh segala penyakit, kecuali as-sam.” Saya bertanya, “Apakah as-sam itu?” Beliau menjawab, “Kematian”. Habbatus sauda’ berkhasiat mengubati segala jenis penyakit dingin, bisa juga membantu kesembuhan berbagai penyakit panas karena faktor temporal. Biji habbatus sauda’ mengandung 40% minyak takasiri dan 1,4% minyak atsiri, 15 jenis asam amino, protein, Ca, Fe, Na dan K. kandungan aktifnya thymoquinone (TQ), dithymouinone (DTQ), thymohydroquimone (THQ) dan thymol (THY). Telah terbukti dari berbagai hasil penelitian ilmiah bahwa habbatus sauda’ mengaktifkan kekebalan spesifik/kekebalan didapat, kerana ia meningkatkan kadar sel-sel T pembantu, sel-sel T penekan, dan sel-sel pembunuh alami. Beberapa cara penggunaan dan manfaat habbatus sauda’:

♣Ditumbuk, dibuat adunan dangan campuran madu, kemudian diminum setelah dicampur air panas, diminum rutin berhari-hari: menghancurkan batu ginjal dan batu kandung kencing, memperlancar air seni, haid dan ASI.
♣Diadun dengan air tepung basah atau tepung yang sudah dimasak, mampu mengeluarkan cacing dengan lebih kuat.
Minum minyaknya kira-kira sesudu dicampur air untuk menghilangkan sesak nafas dan sejenisnya.
Dimasak dengan cuka dan dipakai berkumur-kumur untuk mengubati sakit gigi kerana kedinginan.
Digunakan sebagai pembalut dicampur cuka untuk mengatasi jerawat dan kudis bernanah.
♣Ditumbuk halus, setiap hari diletakkan ke luka gigitan anjing gila sebahagian dua atau tiga kali olesan, lalu dibersihkan dengan air.
Untuk konsumsi rutin menjaga kesehatan, sebaiknya dua sudu saja. ♣Sebahagian kalangan pakar perubatan menyatakan bahwa terlalu banyak mengkonsumsinya bisa mematikan.





source : muslimah.or.id

Terima Kasih

April 5, 2014

Ajaran Sesat

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

(Hadith riwayat Muslim – no.6980)

Huraian:

1- Konsep ganjaran dosa dan pahala adalah merupakan antara perkara asas dalam ajaran Islam. Keimanan kita kepada ganjaran sebegini akan menjadi benteng kukuh untuk menghalang manusia daripada melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT.

2- Konsep ganjaran pahala juga menjadi asas utama dalam membina jiwa muslim yang akan tetap terus mengamalkan perkara kebaikan walaupun tidak melihat ganjaran kebendaan di dunia ini.

3- Kewajipan mengajak manusia kepada kebenaran adalah kewajipan seluruh umat dan sebaik-baik manusia yang menjalankan tanggungjawab ini adalah para Nabi dan Rasul ‘ a.s. Walaupun menerima tentangan dan cabaran, tugas itu tetap digalas berbekalkan slogan yang disebutkan di dalam Al-Quran, Surah Yunus ayat 72 yang bermaksud:

"Jika kamu berpaling (dari peringatanku), aku tidak meminta upah sedikit pun dari padamu. upahku tidak lain hanyalah dari Allah, dan aku disuruh supaya aku termasuk dalam golongan orang-orang yang berserah diri (kepada-Nya)".

4- Telah menjadi lumrah alam yang diciptakan Allah SWT apabila adanya pendakwah atau orang yang menyeru kepada kebenaran, pasti akan ada segolongan pendakwah yang berlawanan iaitu orang yang menyeru kepada kesesatan dan mengajak manusia meninggalkan agama. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, surah al-Taghabun ayat 2 yang bermaksud:

"Dialah yang menciptakan kamu Maka di antara kamu ada yang kafir dan di antaramu ada yang mukmin. dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan. "

5- Rasulullah SAW menerangkan di dalam hadith yang ringkas ini bagaimana seseorang yang menjadi sebab kepada orang lain mendapat hidayah akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Ganjaran itu bukan sekadar ganjaran hasil dakwahnya, malah ganjaran itu ditambah pula dengan ganjaran hasil amalan orang yang menerima dakwahnya. Inilah rahmat Allah SWT terhadap seorang pendakwah yang menjadi penyebab kepada tersebarnya petunjuk dalam kalangan manusia. Namun, Allah SWT tidak akan mengurangkan ganjaran yang diperolehi oleh mereka yang beramal. Segalanya adalah adil dan saksama malah dilipat gandakan lagi oleh Allah SWT.

6- Rasulullah SWT juga memberitahu bahawa Allah SWT menyediakan balasan dosa untuk orang yang mengajak orang lain melakukan perkara-perkara yang salah dan dilarang oleh Islam. Malah dosanya itu digandakan dengan dirinya juga menanggung dosa orang-orang yang disesatkannya. Inilah ganjaran setimpal kerana dirinya menjadi penyebab ramainya pelaku dosa. Namun begitu, dosa orang-orang itu tidak akan dikurangkan dan mereka semuanya akan menanggung dosa berdasarkan amalan masing-masing. Itulah keadilan Allah SWT.

7- Marilah kita berusaha untuk menjadi penyebab kepada hidayah dengan apa cara sekalipun dan bukan pula penyebar kesesatan dan dosa. Kalau di dunia ini kita mahu keuntungan berlipat ganda dalam bentuk wang dan harta, maka sepatutnya kita juga mahukan keuntungan akhirat yang berlipat ganda dalam bentuk ganjaran pahala dan keredhaan Allah SWT.






sumber 1 : www.al-ahkam.net
sumber 2 : Drama Bersiri Tanah Kubur-Siri10

Terima Kasih

April 2, 2014

ShortEntry:Chocolate Cake




tengok tengok tengokkkk.. menggoda iman tak? hahaha.. ok,sebenarnya now ira tengah craving nak makan kek coklat.. ya Allah.. lama gila tak baking.. sekarang tengah sibuk dengan bisnes jahitan,tergendala pulak minat yang satu lagi ni.. rasa macam nak bake la malam ni.. harap2 jadi la plan ira.. hehe.. wish me luck! ^O^

Terima Kasih

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign