Pages

October 6, 2017

BRAND NEW START, WoooooHoooo!


ASSALAMUALAIKUM WBT..

Hai semua.. bertemu lagi kita ye? Ada yang perasan tak apa yang berubah dekat blog Ira? hahaha. Ira delete semua post sebelum ni. Kenapa? Saje je. So, perkembangan hidup Ira. BANYAKKKKKK sangat yang berubah.. PHEWWWWW.

Ira dah selamat bersalin! Alhamdulillah. Hehehe. Baby Ira sekarang dah road to 9 months dah pun. HAHAHAHA. Alhamdulillah. ALLAH kurniakan anak yang sihat sempurna semua. InshaaAllah Ira akan jaga anak ni dengan penuh kasih sayang dan penuhi dia dengan ilmu dari segenap aspek. InshaaALLAH.

Oh ya. Baby Ira cukup la korang tau nama dia Ain. Takyah la kut tau nama penuh Ain. hehehe. Ira mintak korang doakan Ira and husband kuat dalam menjaga amanah Allah yang besar ni. Amiin.

OK. Perkembangan lain biasa je. Ira slow down dulu bisnes jahitan sebab Ain tengah dalam fasa yang AMAT LASAK. Tak sempat nak membiak lemak dalam badan ni mengejar dia je. HAHAHA. Dia dah belajar berjalan. Setakat merangkak, kalah kucing tu haaa. Cepat yang amat. Ira baru angkat dia dari tempat yang dia pergi sebelum tu, toleh tempat lain 2 saat, there she goes! Dia dah half way to the place yang dia pergi tadi.

Selalunya hotspot yang Ain selalu pergi is tempat port menjahit mother in law Ira. NAK JADI TAILOR MACAM MAMA AND NENEK KE?? HAHAHA

Kalau nak cerita pasal kelasakan Ain ni, sampai esok tak habis. Enough bout Ain for now. Next time Ira cerita lagi ok.

Bye.

XOXO,
IRA.

Terima Kasih

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign